Thursday, August 19, 2010

Koleksi Hadis Tentang Ramadhan

sedikit hadis yang aku cari kat goggglee untuk dikongsikan bersama.. bukan nak cakap aku dah insaf tapi sekurang-kurangnya bila ada orang baca kat blog yang ntah apa2 ni ada juga yang boleh diserapkan dalam hati mereka.. lagipun ini kan bulan ramadhan so kita pun kena la insaf kan diri sikit walaupun sekejap pun tak apa yang penting kita sentiasa ingat pada pencipta kita iaitu Allah s.w.t.. bila aku pergi masjid tadi dengar pulak tazkirah aduhh banyak nya dosa aku.. so kepada semua ambil lah sedikit iktibar dari hadis ini..

1.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

2.
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

3.
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

4.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

5.
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

6.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

7.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2. Bulan penuh keberatan.
3. Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
4. Amal sunat sama dengan solat fardhu.
5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7. Bulan menambah rezeki.
8. Memberi buka banyak pahala.
9. Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
10. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

No comments:

Post a Comment