Wednesday, August 25, 2010

Bunting Pelamin

Apakah itu bunting pelamin? aku agak lama juga lah aku memikirkan apa sebenar maksud dia.. bila aku periksa kat goooggglee baru lah aku faham dan tanya kat buah hati aku baru lah dia cerita semua.. maklum lah pernah dengar tapi tak faham dan sebelum ni aku buat-buat faham saja kalau orang bercerita haha.. Eh sebelum tu aku nak ucapkan tahniah pada kawan aku Ieda sebab dah mengandung 2 bulan..

Sebenarnya bunting pelamin ni adalah istilah orang melayu gunakan bila seseorang itu dah mengandung terlalu cepat selepas berkahwin maknanya selepas 2 bulan berkahwin wanita itu sudah disahkan mengandung selama 2 bulan "kira sekali terus jadi lah".. ataupun seseorang itu akad nikah dahulu dan buat majlis persandingan lambat semasa bersanding dah mengandung, yang ni selalu lah berlaku sekarang, kenapa? "dah tak tahan kot"..

Tapi yang merisaukan aku selalu berlaku sekarang gadis-gadis mengandung sebelum nikah "mintak jauh-jauh lah benda ni berlaku kat aku dan keturunan aku" lepas tu buang anak merata-rata tempat.. kalau mereka tak buang anak itu kira ok lagi la sebab yang buang anak hampir kesemua bayi tu meninggal dunia, dah dapat dosa membunuh lagi.. Jauhi maksiat..

Tahniah pada Ieda semoga baby itu membawa keberkatan dalam kehidupanmu.. ~sekian~

No comments:

Post a Comment