Saturday, August 21, 2010

Dr Rushdi

Semalam aku ada tengok satu cerita kat astro prima, pada mulanya aku ingat cerita apa sebab cerita ni cerita hitam putih biasanya cerita hitam putih ni cerita P ramlee tapi bila tengok tajuk tak pernah dengar pun aku tukar la saluran lain tapi saluran lain pun tak best juga.. aku pun tertengok lah cerita hitam putih ni bila dah 5 minit tengok baru la seniman kita muncul p ramlee.. lor ingat kan cerita siapa lah tadi sebab cerita ni agak unik sebab pelakon agak kurang ternama.. bila di ingat kan balik yang membuatkan aku tertarik nak tengok cerita ni masa aku buka saja baru nak bermula adegan panas atas katil.. naluri lelaki memang lucah! haha lepas 10 minit tengok memang sah la cerita ni memang aku tak pernah tengok dan cerita ini agak lain dengan cerita p ramlee yang lain.. banyak teladan yang boleh diambil sebab dalam cerita ini mengkisahkan isteri yang curang dibelakang suami.. dialog kat dalam cerita ini pun banyak menggunakan bahasa inggeris.. antaranya "oh god it terrible" dan banyak lagi.. ha lagi satu cerita ni banyak adegan yang seksi memang sekarang artis pun tak berani nak pakai kalau berlakon, nak tau tengok lah sendiri tak kan lah aku nak beritahu detail pulak.. Selepas aku periksa goggglee rupanya filem ini agak kontroversi sebab banyak babak panas.. kalau melodi dah ada pada tahun 1970 ni mesti si naz ahmad dah datang terjah.. haha

sinopsis cerita tersebut "Dr. Rushdi dan isterinya Mariana menghadiri suatu majlis makan malam yang diadakan oleh Rozaiman. Ketika majlis berjalan, Dr. Rushdi menerima panggilan kecemasan dari seorang pesakitnya. Dia terpaksa meninggalkan isterinya berseorangan. Mariana dan Rozaiman kemudiannya berkenalan. Sejak itu mereka menjalinkan hubungan mesra apabila Dr. Rushdi sering sahaja sibuk melayan pesakitnya dan mengabaikan isterinya. Pada suatu hari, Dr. Rushdi terserempak Mariana dan Rozaiman di sebuah hotel. Akibat kecewa dengan kelakuan sumbang isterinya, Dr. Rushdi cuba membunuh diri dengan meminum racun tetapi dapat dihalang oleh jururawatnya, Muliani. Dr. Rushdi terharu dengan sikap simpati Muliani yang mengaku memendam perasaan kepadanya. Selepas itu, Dr. Rushdi telah menceraikan isterinya lalu pergi tinggal bersama Muliani di rumahnya. Rozaiman pula merancang untuk menghapuskan Dr. Rushdi dan membolot wang insuran Dr. Rushdi yang telah menamakan Mariana sebagai pewaris hartanya. Dr. Rushdi perlu mencari jalan menyelamatkan hidupnya dari dimusnahkan".

antara pelakon yang terlibat adalah seperti:-
P. Ramlee ... Doktor Rushdi
Sarimah ... Muliani
Sophia Ibrahim
... Mariana
Ed Osmera ... Alimin
Ismail Mahmud ... Rozaiman
Ibrahim Joned ... Zafir

No comments:

Post a Comment