Wednesday, August 18, 2010

pas gud..

Selepas seminggu aku dapat panggilan temuduga di salah sebuah syarikat di Tanjung Langsat, aku mengambil keputusan untuk datang ke Pasir gudang dengan membawa dua niat iaitu berjumpa dengan kawan aku Najmie dan menghadiri temuduga.. Kerja yang minit-minit terakhir ni memang agak getir la sebab tiada orang nak hantar aku ke stesen bas.. Apabila aku bangun saja dari tidur aku terus pergi ke balkoni rumah, terhendap-hendap bagai orang ingin mencuri tapi tujuan sebenar nak tengok jiran aku ni ada ke tak kat rumah kalau ada dah senang sikit sebab ada yang nak menghantar.. Harapan agak tipis sebab macam tiada orang.. Aku cuba buat panggilan tapi tiada sahutan di hujung talian.. hurm keluhan kecil mengeluarkan perasaan hampa dalam lubuk hati.. Aku rehatkan badan dan mandi bagi menghilangkan resah dalam hati walaupun aku lihat jam dah hampir jam 2:30 minit petang oh ingatkan aku mandi pagi..

Komputer aku berjaya memaparkan "welcome" di skrin biru bermakna aku boleh melayari laman web sosial dan blog.. uh masih sama tapi aku ingin juga buka Facebook walaupun dilubuk hati dah berkata bosan tapi hantu Facebook ni sukar dilenyapkan dengan mudah.. Sekadar melihat post terbaru dari kawan dan komen-komen yang kadang-kadang jauh terpesong dari tajuk.. Tiada apa yang menarik hari ini sekadar gambar-gambar penghayatan Ramadhan dan ucapan tatkala bulan Ramadhan menjelma, pengisian terpulang pada individu masing-masing..

Jam dah melewati 5:30 petang bermakna hari aku semakin suntuk dan aku harus bertindak cepat.. Segera aku ke balkoni rumah melihat kalau-kalau ada dia muncul.. Selepas 5 minit kawan aku ni muncul dari celah pelepah pisang rupa dia sedang mencantas tanaman supaya lebih cepat dapat hasil.. Sekadar bertegur biasa berat lidah aku untuk menyatakan hasrat sebenar entah kenapa tiba-tiba pula tadi bukan main berkobar-kobar.. Akhirnya berlalu pergi aku pun sekadar tersengih dan tak faham apa yang terjadi pada diri ini..

Dengan cepat aku mengambil telefon bimbit dan mendail no yang sudah tersenarai dalam panggilan.. tut.. tut.. “helo pit kenal tak siapa ni” aku cuba berteka teki, “siapa ni’’ Pit musykil, dan seterusnya panggilan ini mendapat segala jawapan yang aku runsingkan tadi.. aku Berjaya untuk ke Johor..

Selepas menunggu hampir 30 minit bas aku tiba.. bas aku sudah tersasar dari waktu yang telah ditetapkan dan lagipun kawan aku tadi hantar dan sampai awal sebab itu aku terasa agak lama menunggu bas, dan malam ini di stesen bas agak lengang mungkin sebab malam ni malam pertama berpuasa dan malam kedua bertarawikh jadi semangat untuk ke masjid untuk menunaikan tuntutan yang Maha ESA masih tinggi.. Malam itu aku duduk single seat.. Jadi tidak mengganggu penumpang yang lain tapi ganguan penghawa dingin sangat menusuk ke tulang hitam kerana terlalu sejuk mafla pemberian kekasih hati aku ini pun tak mampu nak pertahankan kesejukan yang aku alami..

Aku bersahur pada jam 12.45 pagi pada masa itu bas berhenti di perhentian rehat dan rawat Chendor.. “Masih terlalu awal” getus hatiku, apabila melihat tidak ramai yang sedang mengisi bangku restoran.. berjalan melewati gerai-gerai makanan untuk melihat santapan yang sesuai untuk aku.. aku terhenti digerai no 3 kerana melihat lauk ikan keli yang menyelerakan disamping senyuman manis peniaga gerai itu.. Selesai makan aku tertarik dengan berita utama Kosmo yang menceritakan Sultan Johor Murka.. urm mainan politik yang kotor mencemarkan institusi diraja.. aku teruskan membaca halaman yang lain sambil menghembus asap rokok tanda puas!

Perjalanan diteruskan dan bas aku tiba pada jam 6:30 pagi.. Hari yang masih gelap di Bandar pasir gudang, kelihatan banyak gerai yang tersusun dan kotor yang belum dibersihkan seolah-olah menyatakan disiang hari tempat ini sungguh gamat dengan pelanggan untuk membeli juadah berbuka puasa..

Tangan aku meraba kedalam poket mencari telefon bimbit untuk membuat panggilan, punat dial ditekan “helo bro aku dah sampai ini datang la ambil aku” ucap aku dengan senyuman. “eh kau dah sampai ke” suara baru bangun tidur. “iye la” tegas aku lagi.. “okay jap lagi aku sampai” balas najmie.

Selepas 10 minit menunggu najmie pun sampai menaiki motor atan “cepat pulak mamat ni datang” guman hati aku.. selepas bersalaman aku pun bawa motor dan balik terus kerumah tidak seperti biasa singgah mana-mana kedai untuk bersarapan sebab sekarang bulan puasa.. suasana di pasir gudang masih tidak berubah dengan kesesakan lalulintas untuk pergi ke tempat kerja.. motorsikal semuanya laju seperti sudah lambat ke tempat kerja walhal masih jam 7:00 pagi.. setibanya aku dirumah aku terus ke bilik atas dan najmie pula terkocoh-kocoh mandi sambil mulut tidak pernah lekang dengan nyanyian opie pula masih dibilik air sedang mandi.. atan masih lena dibuai mimpi aku tak nak kejutkan lagi sebab hari ini dia bercuti sebab kedatangan aku.. aku pun baring sebelah dia dan dengan langkah keselamatan aku mengunci jam pukul 8:30 pagi, takut kalau nanti tidak tersedar..

Uh lena pulak tidur aku walhal semalam sudah tidur dalam bas tapi mata masih rasa mengatuk, aku bangun bila jam dah hampir 9:30 pagi, pagi ini temuduga dijadualkan jam 10:30 pagi tapi aku sengaja pergi lebih awal kuathir takut tak jumpa kilang itu sebab aku tak perasan pun kilang itu wujud..

Jam hampir ke 10:21 minit pagi aku tiba di pondok pengawal sambil membetulkan baju dan rambut supaya tampak kemas pengawal memberi aku kad “visitor” dengan langkah kanan aku memasuki kilang tersebut.. Nampak seperti masih baru tapi aku terpandang di sebuah dinding kenyataan LTI terdapat 3 kemalangan “patut lah nak cari safety” guman hati aku..

Proses temuduga berjalan dengan lancar walaupun beberapa soalan yang aku tak dapat jawab sebab jawapan yang diberikan oleh safety officer kilang itu agak terpesong, urm tak apa lah soalan dia mesti la jawapan pun dia dah tahu walaupun cara soalan yang diberi adalah salah.. aku tidak kecewa sebab aku telah mendapat satu pengalaman yang baru iaitu jawapan tidak semestinya berkait dengan soalan..

Aku pulang dan sambung tidur!


*pas gud = pasir gudang.. ayat sengal ini hasil ciptaan Najmie @ Botak @ Jan @ Balong @ Hangil

kalau tak salah masa tu tahun 2008 kot!

No comments:

Post a Comment