Semalam aku pergi ke pasar raya yang terbesar diterengganu.. sebab semalam dah berjanji dengan mak aku nak masak mee rebus @ mee sup.. ye lah kan asyik makan nasi saja berbuka puasa aku pun rasa dah naik bosan, makin gemuk la aku kalau hari-hari makan nasi saja.. dah la buka puasa makan nasi, sahur pun makan nasi sebab tu puasa kali ini aku tak rasa lapar sangat sebab nasi yang aku makan tak sempat nak proses dah masuk yang baru.. huhu.. untuk masak kali ini tak banyak benda yang nak kena beli cuma sayur-sayur dan sedikit udang.. tapi biasa lah mak aku dah nampak benda lain semua benda nak beli jadi aku layan kan je la lagipun mak aku lebih arif hal barang dapur ni.. tengah sedap timbang sayur ini aku ternampak la kerang.. dalam hati aku dah lama tak makan kerang ni lagipun murah gila kot cuma rm1.59/kg.. jadi dengan pantas aku letak bakul aku yang penuh dengan sayur terus kutip kerang.. tapi tengah aku pilih-pilih kerang ni aku nampak mak cik ni pilih kerang satu persatu, dalam hati aku mesti makcik ni pentingkan kualiti tapi aku pentingkan juga tapi tak ada lah nak pilih satu persatu cukup sekadar main kaut saja.. tengah sedap pilih ni datang la pekerja kat situ bawa satu bakul penuh dengan kerang banyak gila kot dan nampak masih baru.. makcik sebelah aku ni cepat-cepat pilih takut nanti dapat kat orang lain, aku pandang dengan senyuman kat mak cik tu.. lepas rasa macam dah cukup aku pun pergi la timbang; 2.378kg dengan harga rm3.78.. berbaloi baloi tapi rasa macam banyak pula kan.. tak apa kita layan saja..
dah sampi umah aku terus saja basuh kerang aku ni.. aku letak dalam bekas yang besar supaya senang dan gosok.. proses ini supaya kerang tu jadi bersih bila nak rebus nanti air rebusan tu tak lah jadi kotor.. lepas itu kita masukkan air dan sedia untuk direbus, air yang nak letak tu kena la sama paras dengan kerang, masuk kan dua batang serai supaya bau hanyir hilang dan masukan garam secukup rasa.. tujuan letak garam ni adalah supaya kerang kita nanti tidak terasa tawar sangat bila letak garam ia akan lebih terasa sedap.. selepas 20 minit merebus boleh la makan.. tapi dibulan puasa ni tunggu lah berbuka dulu ye..
nak sedap lagi supaya kita tak makan kosong saja boleh la potong cili padi kecil-kecil lepas tu letakan sedikit kicap.. memang best..
tapi kesan sebab makan terlalu banyak perut kamu akan.. haha.. tapi aku rilek je itu perkara normal.. bye..
No comments:
Post a Comment