hari ini dan semalam aku banyak membersihkan kawasan yang hendak ditanam cili nanti supaya nampak kemas dan tiada akar-akar yang besar.. kerja yang paling mencabar yang aku buat ialah membersihkan telaga yang sudah lama ditinggal dan banyak sampah dah orang kat situ buang.. sekali pandang kamu semua pun tak sanggup nak buat tapi apakan daya nak tak nak kena buat juga sebab nanti bila telaga tu dah boleh digunakan senanglah aku nak menyiram tanaman nanti.. air telaga tu sekarang tidaklah sebersih mana pun tapi aku yakin lama-lama nanti ia akan bersih kalau selalu guna dan aku lihat kandungan dan kualiti air masih ditahap yang selamat untuk tanaman aku tapi nak buat minum alamatnya berbuih la mulut.. haha.. pengalaman paling best semasa aku mencuci dan membuang sampah yang ada dalam telaga ini adalah ketika nyamuk keluar bila nak angkat sampah masa tu pula aku selsema hidung berair sekali aku sedut nyamuk sekali masuk dalam hidung eee jijik betul.. bila teringat balik rasa loya je tekak aku ni..
itu saja la dulu sekarang tengah tengok hari nak tanam tebu kalau hari baik tu cepat maka cepat lah aku tanam.. ~sekian ~
No comments:
Post a Comment