Tuesday, August 31, 2010
keje oh keje
money talk..
Sunday, August 29, 2010
~Fate~
I`m Not Terrorist
Saturday, August 28, 2010
Friday, August 27, 2010
gurl like a bus?
Wednesday, August 25, 2010
Bunting Pelamin
Tuesday, August 24, 2010
~Satu Ketika Dahulu~
~gadis malam ini~
~Penuh Muslihat~
Monday, August 23, 2010
Pertanian
Sunday, August 22, 2010
Hati Jiwa Ku Mati
Saturday, August 21, 2010
Dr Rushdi
Sophia Ibrahim ... Mariana
Ed Osmera ... Alimin
Ismail Mahmud ... Rozaiman
Ibrahim Joned ... Zafir
Friday, August 20, 2010
Kerang Oh Kerang
Thursday, August 19, 2010
Koleksi Hadis Tentang Ramadhan
1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2. Bulan penuh keberatan.
3. Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
4. Amal sunat sama dengan solat fardhu.
5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7. Bulan menambah rezeki.
8. Memberi buka banyak pahala.
9. Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
10. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Wednesday, August 18, 2010
pas gud..
Selepas seminggu aku dapat panggilan temuduga di salah sebuah syarikat di Tanjung Langsat, aku mengambil keputusan untuk datang ke Pasir gudang dengan membawa dua niat iaitu berjumpa dengan kawan aku Najmie dan menghadiri temuduga.. Kerja yang minit-minit terakhir ni memang agak getir la sebab tiada orang nak hantar aku ke stesen bas.. Apabila aku bangun saja dari tidur aku terus pergi ke balkoni rumah, terhendap-hendap bagai orang ingin mencuri tapi tujuan sebenar nak tengok jiran aku ni ada ke tak kat rumah kalau ada dah senang sikit sebab ada yang nak menghantar.. Harapan agak tipis sebab macam tiada orang.. Aku cuba buat panggilan tapi tiada sahutan di hujung talian.. hurm keluhan kecil mengeluarkan perasaan hampa dalam lubuk hati.. Aku rehatkan badan dan mandi bagi menghilangkan resah dalam hati walaupun aku lihat jam dah hampir jam 2:30 minit petang oh ingatkan aku mandi pagi..
Komputer aku berjaya memaparkan "welcome" di skrin biru bermakna aku boleh melayari laman web sosial dan blog.. uh masih sama tapi aku ingin juga buka Facebook walaupun dilubuk hati dah berkata bosan tapi hantu Facebook ni sukar dilenyapkan dengan mudah.. Sekadar melihat post terbaru dari kawan dan komen-komen yang kadang-kadang jauh terpesong dari tajuk.. Tiada apa yang menarik hari ini sekadar gambar-gambar penghayatan Ramadhan dan ucapan tatkala bulan Ramadhan menjelma, pengisian terpulang pada individu masing-masing..
Jam dah melewati 5:30 petang bermakna hari aku semakin suntuk dan aku harus bertindak cepat.. Segera aku ke balkoni rumah melihat kalau-kalau ada dia muncul.. Selepas 5 minit kawan aku ni muncul dari celah pelepah pisang rupa dia sedang mencantas tanaman supaya lebih cepat dapat hasil.. Sekadar bertegur biasa berat lidah aku untuk menyatakan hasrat sebenar entah kenapa tiba-tiba pula tadi bukan main berkobar-kobar.. Akhirnya berlalu pergi aku pun sekadar tersengih dan tak faham apa yang terjadi pada diri ini..
Dengan cepat aku mengambil telefon bimbit dan mendail no yang sudah tersenarai dalam panggilan.. tut.. tut.. “helo pit kenal tak siapa ni” aku cuba berteka teki, “siapa ni’’ Pit musykil, dan seterusnya panggilan ini mendapat segala jawapan yang aku runsingkan tadi.. aku Berjaya untuk ke Johor..
Selepas menunggu hampir 30 minit bas aku tiba.. bas aku sudah tersasar dari waktu yang telah ditetapkan dan lagipun kawan aku tadi hantar dan sampai awal sebab itu aku terasa agak lama menunggu bas, dan malam ini di stesen bas agak lengang mungkin sebab malam ni malam pertama berpuasa dan malam kedua bertarawikh jadi semangat untuk ke masjid untuk menunaikan tuntutan yang Maha ESA masih tinggi.. Malam itu aku duduk single seat.. Jadi tidak mengganggu penumpang yang lain tapi ganguan penghawa dingin sangat menusuk ke tulang hitam kerana terlalu sejuk mafla pemberian kekasih hati aku ini pun tak mampu nak pertahankan kesejukan yang aku alami..
Aku bersahur pada jam 12.45 pagi pada masa itu bas berhenti di perhentian rehat dan rawat Chendor.. “Masih terlalu awal” getus hatiku, apabila melihat tidak ramai yang sedang mengisi bangku restoran.. berjalan melewati gerai-gerai makanan untuk melihat santapan yang sesuai untuk aku.. aku terhenti digerai no 3 kerana melihat lauk ikan keli yang menyelerakan disamping senyuman manis peniaga gerai itu.. Selesai makan aku tertarik dengan berita utama Kosmo yang menceritakan Sultan Johor Murka.. urm mainan politik yang kotor mencemarkan institusi diraja.. aku teruskan membaca halaman yang lain sambil menghembus asap rokok tanda puas!
Perjalanan diteruskan dan bas aku tiba pada jam 6:30 pagi.. Hari yang masih gelap di Bandar pasir gudang, kelihatan banyak gerai yang tersusun dan kotor yang belum dibersihkan seolah-olah menyatakan disiang hari tempat ini sungguh gamat dengan pelanggan untuk membeli juadah berbuka puasa..
Tangan aku meraba kedalam poket mencari telefon bimbit untuk membuat panggilan, punat dial ditekan “helo bro aku dah sampai ini datang la ambil aku” ucap aku dengan senyuman. “eh kau dah sampai ke” suara baru bangun tidur. “iye la” tegas aku lagi.. “okay jap lagi aku sampai” balas najmie.
Selepas 10 minit menunggu najmie pun sampai menaiki motor atan “cepat pulak mamat ni datang” guman hati aku.. selepas bersalaman aku pun bawa motor dan balik terus kerumah tidak seperti biasa singgah mana-mana kedai untuk bersarapan sebab sekarang bulan puasa.. suasana di pasir gudang masih tidak berubah dengan kesesakan lalulintas untuk pergi ke tempat kerja.. motorsikal semuanya laju seperti sudah lambat ke tempat kerja walhal masih jam 7:00 pagi.. setibanya aku dirumah aku terus ke bilik atas dan najmie pula terkocoh-kocoh mandi sambil mulut tidak pernah lekang dengan nyanyian opie pula masih dibilik air sedang mandi.. atan masih lena dibuai mimpi aku tak nak kejutkan lagi sebab hari ini dia bercuti sebab kedatangan aku.. aku pun baring sebelah dia dan dengan langkah keselamatan aku mengunci jam pukul 8:30 pagi, takut kalau nanti tidak tersedar..
Uh lena pulak tidur aku walhal semalam sudah tidur dalam bas tapi mata masih rasa mengatuk, aku bangun bila jam dah hampir 9:30 pagi, pagi ini temuduga dijadualkan jam 10:30 pagi tapi aku sengaja pergi lebih awal kuathir takut tak jumpa kilang itu sebab aku tak perasan pun kilang itu wujud..
Jam hampir ke 10:21 minit pagi aku tiba di pondok pengawal sambil membetulkan baju dan rambut supaya tampak kemas pengawal memberi aku kad “visitor” dengan langkah kanan aku memasuki kilang tersebut.. Nampak seperti masih baru tapi aku terpandang di sebuah dinding kenyataan LTI terdapat 3 kemalangan “patut lah nak cari safety” guman hati aku..
Proses temuduga berjalan dengan lancar walaupun beberapa soalan yang aku tak dapat jawab sebab jawapan yang diberikan oleh safety officer kilang itu agak terpesong, urm tak apa lah soalan dia mesti la jawapan pun dia dah tahu walaupun cara soalan yang diberi adalah salah.. aku tidak kecewa sebab aku telah mendapat satu pengalaman yang baru iaitu jawapan tidak semestinya berkait dengan soalan..
Aku pulang dan sambung tidur!
*pas gud = pasir gudang.. ayat sengal ini hasil ciptaan Najmie @ Botak @ Jan @ Balong @ Hangil
kalau tak salah masa tu tahun 2008 kot!
Tuesday, August 17, 2010
Salmi Suhana
Tuesday, August 10, 2010
Selamat Berpuasa
saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan.. semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna..
Keutamaan berpuasa:
“Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim]
Keutamaan Bulan Ramadhan
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu (Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793)
Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari. (Hadis riwayat Ibnu Umar ra)
Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadhan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari) – (Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1795)
Larangan berpuasa satu atau dua hari sebelum bulan
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa, maka baginya silakan berpuasa. (Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1812)
Dilarang puasa pada hari raya:
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)” [Bukhari-Muslim]
Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:
“Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya” [Bukhari-Muslim]
Berbuka di waktu maghrib:
“Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka” [Bukhari-Muslim]
Ketika kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi. Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa” [Bukhari-Muslim]
Puasa yang sia-sia
“Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: “Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum” [Bukhari]
Jika kita berpuasa, tapi kita berkata dusta atau menyakiti orang lain, maka sia-sialah puasa kita.
Dilarang bersetubuh pada saat berpuasa
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?
Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk.
Rasulullah SAW kemudian memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini.
Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.
Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri” [Bukhari-Muslim]
Bangun dari junub tidak membatalkan puasa:
“Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa”[Bukhari-Muslim]