Friday, July 16, 2010

Laskar Pelangi




Buku yang dihasilkan Andrea Hirata


Disini aku ingin menceritakan sedikit filem yang aku baru sahaja tonton. Filem ini berjudul "LASKAR PELANGI" filem ini adalah diadaptasikan oleh sebuah novel LASKAR PELANGI hasil karya Andrea Hirata.



sedikit sinopsis dari Laskar Pelangi..

Hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat sangat perit bagi dua guru luar biasa, Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong. Sebab kalau tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah akan ditutup.

Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka. Ke 10 murid yang kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, menjalin kisah yang tak dapat dilupakan.

5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid dengan keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk terus boleh sekolah. Di antara berbagai tentangan hebat dan tekanan untuk menyerah, Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka.

Di tengah upaya untuk tetap mempertahankan sekolah, mereka kehilangan orang yang mereka cintai. Sanggupkah mereka bertahan menghadapi cubaan demi cubaan?

Film ini dipenuhi kisah tentang kalangan pinggiran atau rakyat yang miskin, dan kisah penuh suka dan duka tentang perjuangan hidup menggapai mimpi, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.

No comments:

Post a Comment