Friday, July 16, 2010

Kelong Sungai Layang

Satu pagi yang penuh dengan keindahan. Gambar ini diambil di kelong Sungai Layang yang berada di antara Pasir Gudang dan Ulu Tiram. Ketika gambar ini diambil jam ditangan menunjukan pukul 6.30 pagi. Kami berada disitu untuk mancing.. Seronok sebab dah lama tak mancing dan aku pergi bersama Atan dan Opay.. Tapi Atan dan opay asyik tidur je sebab dorang penat dan dah dapat banyak ikan.. So aku terpaksa lah juga berjaga sampi pagi untuk dapatkan ikan.. kesabaran aku terbalas juga sebab aku dapat ikan ketika semua sedang khusyuk tidur.. Kalau tidak silap aku pada malam itu dapat 4 ekor ikan.. Walaupun ikan kecil tapi aku puas dan boleh tersenyum.. Kebanyakan ikan yang aku dapat dalam waktu 2.00 am ke 4.00 am.. Tapi dorang semua sudah tidur.. Opai je yang kadang-kadang bangun sebab nak kencing..

Untuk ke kelong ini anda hanya bayar RM10 setiap orang dan bot akan membawa anda kesini dan anda boleh lah memancing tanpa had masa yang ditetapkan.. Semasa menunggu bot sampai kami sempat membeli sedikit bekalan makanan mana la tahu nanti lapar pula semasa mancing.. Aku tak beli banyak takut nanti sakit perut.. Aku sekadar beli kuaci dan air sahaja..

Sedikit gambar yang sempat aku ambil...
aku and atan




semasa atas bot

Bergambar di jeti

Papan tanda ke Rumah Rakit Sungai Layang

No comments:

Post a Comment