Thursday, July 29, 2010

My Farm

Selamat datang ke kebun aku yang terbaru.. Dah lama gila kot tak singgah kat sini sekadar tengok sahaja tapi baru-baru ini aku terdetik sebab aku nak makan durian sangat walaupun dah beli kat Pasar Kedai Buluh tapi masih tak puas hati.. Mak aku pun cakap la pergi la tengok kat kebun kt Gelugor ( Kampung Gelugor Haji Tahir) sebab tahun lepas banyak.. Aku pun agak riang la dan harapan durian banyak tahun ni.. Lepas tu petang keesokan hari nya aku pun pergi la dengan mak aku dengan harapan yang menggunung tapi bila dah sampai, apa yang aku nampak semak samun saja.. Aduh agak hampa la selepas itu aku pergi tengok-tengok kat belakang rupanya ada durian.. Wah harapan bercantum kembali selepas kira-kira ada 11 biji semuanya tapi semua masih atas pokok la tapi macam dah nak masak.. So jawabnya kena tunggu dia gugur la sambil-sambil itu juga tolong mak aku ambil rambutan, banyak juga la rambutan nya..

Selepas hari itu lah aku terdetik nak majukan kebun aku ni tapi tak lah nak jadikan macam Farmville pulak kan.. Aku kan suka berkebun!!
>

Bermodal kan azam yang kuat aku pun bermula kerja-kerja menebas pokok, agak bahaya la juga sebab takut ular atau tebuan saja.. ah tebuan baru aku ingat semasa aku menebas ini ada juga jumpa sarang tebuan.. Aduh pening juga kan, aku pun ambil keputusan bakar saja kira aku buat teknik ala ala MAN VS WILD.. Hahaha tapi tetap berjaya..

-semasa hari pertama nampak gelap je kan seram-


-ini kawasan telaga dah tak nampak telaga-


Tengah syok menebas tiba parang aku terpelanting terkejut aku dibuatnya.. Terasa pedih je pada jari aku ni tengok dah berdarah.. Huh nasib nasib baik lah tak putus sebab masa parang tu terpelanting aku pegang bahagian hujung.. uh sakan berdarah tapi aku tetap cool biasa la gaya mesti macam Man Vs Wild.. Tapi aku terpaksa ambil MC sebab tangan aku memang tak mampu nak buat libasan yang padu..


-bahagian yang patah-


-part yang baru dibeli Rm1.50 Kedai Phua Kg Cina-


-parang yang baru Rm18 Pasar Kedai Payang-


-perbandingan dua parang-


Kerja-kerja diteruskan bila jari aku disahkan baik dan luka sudah kering.. Masa dah rugi wei aku teruskan dengan buat lebih cepat supaya kerja aku ini nampak hasil cepat sikit.. Aku menebas menggunakan teknik bulatan.. Apa itu teknik bulatan?? oh sebenar nya itu adalah teknik perang aku cuma praktikan saja.. kira aku menebas dan buat bulatan iaitu menebas dengan dua side ia lebih nampak cepat dan hasil mudah nampak..

-ini budak yang selalu teman aku-


-teknik bulatan tapi tak jelas dari gambar ini-


-side yang sudah hampir siap-


-kedua-dua side yang sudah siap-


-depan ini pokok durian, yang belakang pokok getah-


-ini la telaga, tapi bukan macam puaka gunung raya-


-tepi pagar-


-longgokan sampah belum bakar-


-pandangan dari hadapan-



p/s :- aku buat aktiviti ini semua ada work permit dan menggunakan PPE yang lengkap kejadian yang cedera itu sebab unsafe act..

2 comments:

  1. pergh! saya suka part "teknik bulatan" anda tu. :D

    ReplyDelete
  2. haha.. itu teknik rahsia.. jgn bgtau org..

    ReplyDelete