Thursday, July 22, 2010

4G15

Kereta yang berwarna biru ini bukan milik aku pun tapi aku cuma jaga dan pastikan ia berfungsi dengan selamat.. Kalau pasal kereta aku paling tak suka kalau kereta aku ni berbunyi tak kira bunyi belt ke atau bunyi dalaman.. Kereta Wira ini adalah keluaran pertama pada tahun 1994.. aku dengar orang cakap ia sangat berkualiti berbanding kereta wira yang lain..

Tekaan itu sangat tepat dan aku tidak menafikannya sebab ia memang betul kualiti tak kira lah dari segi enjin dan body kereta yang tidak mudah berkarat.. Kalau kereta keluaran tahun 1996 dan keatas bumbung kereta sangat mudah berkarat..

SPEFIKASI
WIRA 1.5 GL(M)
4G15 SOHC Caburetor engine
5 speed manual Gear box
185/60/R14 wheels 100PCD
Front Single pot Ventilated Disc Brake
Rear Trailing Drum Brake

Pada 11 Julai 2010 aku hantar pergi repair sikit jenis kerosakan yang aku dapat kesan ialah clucth sudah habis dan minyak enjin selalu kering.. Bila bincang dengan foremen kat kampung aku ni anggaran semua ialah Rm1000.. Uh pening juga aku.. Tapi aku tak risau aku dapat bantuan dari mak aku ler!! Selepas satu minggu hantar kereta aku ni siap juga.. Aku senarai kan sikit apa yang aku baiki..

1set clucth K7 =rm230
1flywheel oil seal=rm30
2drive shaft oil seal=rm34
2.5 gear oil=rm30
1aircond belt=rm10
1set top overhaul gasket=rm95
1 set piston ring=rm68
1 speed gear mounting=rm55
1motor oil=rm60
1oil treatment X1R=RM46
1oil filter=rm10
1set spark plug=rm18
1 ultra grey =rm15
1 distributor ‘o’ ring =rm3
to skimming cylinder head=rm40
upah=rm320

Total=rm1079

Ini aku harap long term punya repair harap-harap tiada masalah yang besar akan terjadi pada kerata ni.. oh semalam aku dah pergi tinted cermin belakang fuh agak gelap 80% memang tak nampak apa-apa.. Harap tak kena saman la nanti.. Bukan apa tak la panas sangat..








2 comments:

  1. 4G15 crab ni memang lasak bos, saya penya saga dah 28 tahun alhamdulillah enjin masih baik dan stedy, lari 140 pon masih mampu, cuma x berseri macam enjin bos..hehe

    ReplyDelete
  2. Engine wira ni..engine mitsubishi kan?

    ReplyDelete