Semalam semasa aku pergi ke Pasar Kedai Payang nampak banyak telur penyu dalam fikiran aku macam mana peniaga ini dapatkan telur penyu dan bagaimana hendak kekalkan daya tahan telur ini supaya tidak busuk.. Sebenar apa yang aku lihat ada terdapat dua jenis telur penyu dipasaran iaitu dari Sabah dan Terengganu.. Dari Sabah telurnya agak berwarna putih mungkin juga ia sudah dijeruk.. Telur penyu yang dijeruk menggunakan air garam adalah sama dengan telur masin dimana telur itik yang dijeruk rasa pun mesti la masin kan.. Dan telur dari Terengganu masih mempunyai pasir pantai dipercayai boleh kekalkan daya tahan telur.. Jadi lepas fikir aku buat keputusan nak beli tapi aku beli yang Terengganu sebab belum dijeruk.. Harga sebenarnya agak mahal lah berbanding telur penyu dari Sabah yang cuma sekitar Rm20 sepuluh biji dan dari Terengganu harga sekitar Rm35 sepuluh biji.. Tapi aku beli cuma 3 biji jadi harga boleh dapat Rm9.. Aku membeli sekadar ingin mencuba bukan lah nak menunjukan aku tiada kesedaran tentang kehidupan eksotik ini dan tiada niat untuk menambahkan tenaga batin aku.. haha..
Cara memasak sangat la mudah hanya basuh dan masukan kedalam air yang mendidih selama 10-15 minit dan ia masak.. Bahagian dalam telur tetap cair seperti tidak masak walhal ia sudah masak.. Sesetengah orang yang geli memang tak sanggup nak telan sebab memang agak geli.. Aku macam biasa lah bagi apa saja semua boleh makan.. Ada juga yang masak letakan daun pandan dan garam supaya bau hanyir telur itu hilang.. Anda bayangkan anda makan telur ayam yang mentah itulah rasanya dan ia agak berbau..