Monday, October 11, 2010

ETS KL Sentral Ke Batu Gajah


Hari ini ramai yang mencipta sejarah sendiri bagi mendapat tuah dari tarikh hari ini iaitu 10.10.10, tapi bagi aku itu semua mengarut dan secara tidak sengaja aku pun mencipta sejarah sendiri iaitu pertama kali menaiki train ETS pada tarikh yang bertuah ini..

Disebabkan masa train ini bertolak awal iaitu pada jam 8.30 pagi maka bergerak dari rumah kira-kira pada jam 7.30 pagi, tapi aku bangun awal sebab nak sarapan kat umah abang aku dan harap maklum lah makan pagi-pagi ini aku kurang sikit biasa lah perut aku sangat sensitif, cuma aku menjamah sedikit sebab nampak macam sedap je kan.. Perjalanan diteruskan dan terima kasih ke abg agos n che na sebab sudi menghantar walaupun macam-macam gosip tersebar luas..

Aku sampai di KL Sentral pada jam 8.10 minit walaupun agak tersalah jalan, aku menuju ke ruang menunggu dan ditemani akak aku dan mak aku.. Lepas 10 minit menunggu aku menuju ke ruangan bawah untuk bergegas ke train dan terus mencari koj "B" dan masuk mencari tempat duduk yang bernombor 5A dan 5B..

Ruangan duduk agak selesa walaupun seat agak kecil dan penghawa dingin memang menusuk sejuk ke tulang hitam.. selepas lambai-lambai salam perpisahan perjalanan bermula tepat 8.30 pagi. perjalanan agak perlahan pada awal sebab kena melalui beberapa stesen ini kerana ketika melalui stesen walaupun tidak berhenti train agak bergerak perlahan mungkin sekadar menghormati..

Keadaan didalam train tidak jauh berbeza dari segi bunyi cuma berbeza dari segi kelajuan dan kebersihan dan dibantu pula dengan "busy bodies" yang agak hot cuma pakaian belum hot sebab mereka semua sejuk kot.. Okay sekarang aku nak cerita sedikit pasal train ini.. ETS bermaksud electric train system yang dipacu menggunakan tenaga elektrik, dipasang dan diimport dari korea dan dia dipasang oleh Rotem pada tahun 2009.. Kelajuan train ini boleh bergerak sehingga 120km/j dan purata kelajuan 90km/j..

Train ini mengambil masa 2 jam 19 minit untuk sampai di Stesen Ipoh dan melalui sebanyak 9 stesen perhentian dan jika tiada pengguna naik atau turun di salah satu tempat perhentian maka train ini tidak berhenti..

Aku dalam perjalanan ke Batu Gajah aku banyak tidur sebab terlalu mengantuk dan aku tiba di batu gajah kira-kira pada jam 10.41 pagi..

No comments:

Post a Comment