Saturday, October 30, 2010

3:34 AM

Malam ini tangan aku macam hendak menulis sesuatu tapi minda dan jiwa aku kosong, kosong seperti bumi tiada manusia~ sunyi dan sepi..

Hari ini adalah pagi sabtu 30/10/10 jam 3.34 pagi.. Suasana malam ini di Taman Cahaya Masai sepi sama sepi seperti jiwa aku, kenapa malam ini tiada hilai tawa remaja-remaja yang belum tidur tuk siapkan kerja yang belum dibereskan mungkin hampir semua pelajar dilorong ni balik kampung menjenguk keluarga dan memohon restu untuk menduduki peperiksaan akhir yang bakal tiba..

Aku disini sungguh selesa mungkin aku terlalu kan rindu kat pasir gudang dan aku merindui kawan-kawan tapi tak bermakna aku tidak selesa tinggal dirumah sendiri dan aku sungguh merindui orang yang aku sayang, my mom... tapi aku disini ada kawan untuk gelak ketawa..

Aku masih mencari~

Sally sihat dan sedang menempuhi peperiksaan akhir sem walaupun dia agak tenang, tapi aku banyak memberi masa supaya dia berasa selesa.. Walaupun akhir-akhir ini hubungan agak goyah sebab faktor tekanan yang aku alami, aku harap dia sentiasa bersabar dengan dugaan dalam hubungan ini.. tak semua yang kita harapkan itu indah tapi kita boleh mencorakan supaya ia nampak indah dari dalam..

Rintik-rintik berkaca sudah mulai turun tapi tidak bermakna hujan akan melanda kerana angin masih tidak berkocak dengan alunan mesra.. sekadar untuk berkongsi depan rumah aku ade sebuah pokok yang berdaun lebat, apabila angin kuat daun-daun itu bergoncang dan menghasilkan irama seolah-olah hujan sedang turun.. aku sudah tiga hari tertipu dengan pokok ini sebab aku akan terjaga bila angin kuat dan mengoncangkan pokok ini..

Petang ini aku dijadualkan ke masai-larkin-tangkak misi utama untuk menjejakan kaki digunung ledang untuk membawa tuah sang puteri.. Aku akan bermalam di rumah ATAN.. Terima kasih kerana menjemput aku.. aku memang suka berjalan tempat orang..

 Semoga apa yang aku usahakan akan tercapai.. ~pdin~

No comments:

Post a Comment