Sunday, September 5, 2010

Rojak Pak Din

Sekarang aku sedang beratur untuk dapatkan rojak pak din.. Aku masih keliru kenapa ramai kalangan wanita dan lelaki singgah di kedai ini.. Warung ini adalah warung mudah alih yang boleh ditolak , ia seperti beca namun selepas di ubahsuai ia nampak menarik.. Sebelum ini aku nampak warung bergerak ini semasa aku bersekolah, waktu itu anak kepada peniaga itu adalah kawan aku.. Warung rojak ini diusahakan oleh pak din, seorang india muslim dan dibantu oleh isteri dan anaknya.. Semasa aku beratur otak ku ligat berfikir kenapa rojak ini ramai peminat, adakah rojak dia murah ataupun rojak ini memang terkenal cuma aku tak mengetahui.. ketika aku sedang beratur dihadapan aku sekarang terdapat 5 orang menunggu giliran untuk dapatkan rojak ayam dan dibelakang aku lebih kurang 7 orang uh memang ramai! ketika sedang asyik beratur aku terpegun juga cara pak din menyediakan rojak nya, memang cepat ternyata pak din sangat mahir dan berpengalaman dalam bidang ini.. caranya mudah pak din cuma memotong isi ayam, paru, telur dan lain-lain dan memasukan bahan tersebut dengan cara yang tersendiri dengan mengempal semua yang dipotong dan masukkan kedalam plastik yang sudah tersedia dengan mee serta taugeh.. kalau orang yang geli memang sukar nak makan tapi bagi aku itu adalah seni dalam masakan.. tugas anak pak din adalah mengisi kuah rojak dan membungkus rojak yang telah siap si isteri pula memasukan mee dan taugeh kedalam plastik.. ya sangat mudah dan teratur tapi dengan permintaan yang banyak oleh pelanggan kadang-kadang pak din tak dapat menahan penat dan berehat seketika duduk dikerusi yang tersedia dan tugas diganti oleh isterinya.. tapi tiba giliran aku pak din sediri yang sediakan rojak aku, kira aku dapat merasa air tangan pak din huhu.. selepas 30 minit beratur aku dah dapat apa yang aku inginkan, rojak bertukar tangan dan aku memberi not rm10 dan dipulangkan rm7.. ya hanya rm3 untuk rojak ayam dan cuma rm2.50 untuk rojak biasa.. aku pulang dan tiba dirumah pada jam 6 petang...

No comments:

Post a Comment