Friday, October 1, 2010

Seri Iskandar

Penat tapi puas.. Kenapa aku puas sebab dapat lihat pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan dari terengganu ke seri iskandar.. perjalanan bermula dari rumah sekitar jam 8 pagi tapi banyak pula nak singgah tuk beli sesuatu buah tangan untuk orang yang berada di seri iskandar ni.. Maklum la mak aku cakap tak lengkap kalau tak bawa apa-apa tapi aku lihat hampir penuh kereta dengan makanan yang nak dibawa.. Selepas lengkap apa yang dihajati, perjalanan diteruskan melalui jalan kuala berang..

Ketika aku melalui di bandar kuala berang jam di paparan menunjukan 9:30 pagi maknanya aku macam dah lewat.. Lewat dengan isi minyak penuh maklumlah dalam perjalanan kali ini sangat mencabar sebab memang tiada tempat persinggahan mahupun tempat isi minyak.. Tapi semasa aku di kuala berang aku hadapi masalah sikit sebab aku ingatkan stesen shell ada rupanya hampeh, terpaksa lah aku isi di petronas bukan tak nak beli barangan malaysia tapi aku lebih yakin dengan kemampuan minyak shell.. Jauh dah tersasar ni okay seterusnya aku masuk ke simpang tasik kenyir, perkara yang mengecewakan aku sebab jalan sangat teruk walhal tasik kenyir tempat perlancongan tapi jalan macam menunjukan jalan tu menuju ke arah tempat perlancongan patutnya banyakkan papan tanda dan jalan lebih dijaga rapi..

Selepas jumpa susur masuk ke tasik kenyir aku cuma teruskan dan masuk kejalan baru, jalan ini masih belum diwartakan maka segala penguna jalan ini menangung risiko sendiri.. Jalan memang tak ada orang lalu sebab masih tak ramai yang tahu.. iye kot?? Atau mungkin mereka takut sesat tak pun malas nak menyusuri felda aring.. Tapi sebelum menempuhi felda aring aku disajikan dengan pemandangan yang menarik menyusuri tasik kenyir dan di kaki bukit..


Sampai di felda aring sangat mencabar kereta aku sebab almaklum la kereta lama bergegar sikit ditambah pula dengan suspension belakang ada masalah, memang teruk dah macam jalan sebelum merdeka.. Tapi salah kerajaan malaysia juga sebab jadikan kelantan sebagai anak tiri..
Perjalanan di teruskan ke gua musang sesampai di gua musang singgah di petronas beli roti dan air sebab malas nak berhenti makan sebab memang nak berhenti makan kat rumah saja senang sikit..

Seterusnya menghala ke cameron highland pendakian pun bermula dan awan berarak mendung seolah olah memberi syarat hujan akan turun dengan lebat..

No comments:

Post a Comment