Sunday, October 31, 2010
Saturday, October 30, 2010
3:34 AM
Malam ini tangan aku macam hendak menulis sesuatu tapi minda dan jiwa aku kosong, kosong seperti bumi tiada manusia~ sunyi dan sepi..
Hari ini adalah pagi sabtu 30/10/10 jam 3.34 pagi.. Suasana malam ini di Taman Cahaya Masai sepi sama sepi seperti jiwa aku, kenapa malam ini tiada hilai tawa remaja-remaja yang belum tidur tuk siapkan kerja yang belum dibereskan mungkin hampir semua pelajar dilorong ni balik kampung menjenguk keluarga dan memohon restu untuk menduduki peperiksaan akhir yang bakal tiba..
Aku disini sungguh selesa mungkin aku terlalu kan rindu kat pasir gudang dan aku merindui kawan-kawan tapi tak bermakna aku tidak selesa tinggal dirumah sendiri dan aku sungguh merindui orang yang aku sayang, my mom... tapi aku disini ada kawan untuk gelak ketawa..
Aku masih mencari~
Sally sihat dan sedang menempuhi peperiksaan akhir sem walaupun dia agak tenang, tapi aku banyak memberi masa supaya dia berasa selesa.. Walaupun akhir-akhir ini hubungan agak goyah sebab faktor tekanan yang aku alami, aku harap dia sentiasa bersabar dengan dugaan dalam hubungan ini.. tak semua yang kita harapkan itu indah tapi kita boleh mencorakan supaya ia nampak indah dari dalam..
Rintik-rintik berkaca sudah mulai turun tapi tidak bermakna hujan akan melanda kerana angin masih tidak berkocak dengan alunan mesra.. sekadar untuk berkongsi depan rumah aku ade sebuah pokok yang berdaun lebat, apabila angin kuat daun-daun itu bergoncang dan menghasilkan irama seolah-olah hujan sedang turun.. aku sudah tiga hari tertipu dengan pokok ini sebab aku akan terjaga bila angin kuat dan mengoncangkan pokok ini..
Petang ini aku dijadualkan ke masai-larkin-tangkak misi utama untuk menjejakan kaki digunung ledang untuk membawa tuah sang puteri.. Aku akan bermalam di rumah ATAN.. Terima kasih kerana menjemput aku.. aku memang suka berjalan tempat orang..
Semoga apa yang aku usahakan akan tercapai.. ~pdin~

Wednesday, October 27, 2010
Sunday, October 24, 2010
Kembali Ke Pasir Gudang
aku disini..
mencari seribu pintu-pintu rezeki
kuharap merasakan ia disini..
supaya aku terus disini..
membawa hati dari tempat sendiri
kecewa pada semua
merosakan cita-cita
aku disini..
mengejar cita-cita
supaya menjadi insan cemerlang
pada keluarga, diri dan si dia..
Wednesday, October 13, 2010
Sejarah Cameron Highlands
Begitu jalan dibina, penduduk kaya dan pegawai kerajaan Inggeris mula membina retret di lereng dataran tinggi. Kemudian beberapa menetap di sini kekal dan komuniti perniagaan yang dibangunkan. Pertanian merupakan kegiatan utama di sini pada waktu itu. Pada tahun 1929, John Archibald Russell, yang adalah anak seorang pegawai pentadbiran Inggeris mulai ladang teh yang sekarang terkenal Perkebunan Teh Boh.
Dataran tinggi dikembangkan dengan baik sampai pecahnya Perang Dunia II di mana pencerobohan Jepun pada tahun 1941 memaksa pasukan Inggeris dan orang awam keluar dari dataran tinggi. Orang Jepun terus menguruskan wilayah tersebut sejak mereka melihat dataran tinggi pertanian sebagai sumber makanan penting bagi pasukan mereka. Ketika pasukan Jepun berundur dari Malaya pada tahun 1945 Inggeris secara berperingkat kembali ke dataran tinggi sehingga kemerdekaan Malaya dari Inggeris pada tahun 1957
Monday, October 11, 2010
ETS KL Sentral Ke Batu Gajah
Disebabkan masa train ini bertolak awal iaitu pada jam 8.30 pagi maka bergerak dari rumah kira-kira pada jam 7.30 pagi, tapi aku bangun awal sebab nak sarapan kat umah abang aku dan harap maklum lah makan pagi-pagi ini aku kurang sikit biasa lah perut aku sangat sensitif, cuma aku menjamah sedikit sebab nampak macam sedap je kan.. Perjalanan diteruskan dan terima kasih ke abg agos n che na sebab sudi menghantar walaupun macam-macam gosip tersebar luas..
Aku sampai di KL Sentral pada jam 8.10 minit walaupun agak tersalah jalan, aku menuju ke ruang menunggu dan ditemani akak aku dan mak aku.. Lepas 10 minit menunggu aku menuju ke ruangan bawah untuk bergegas ke train dan terus mencari koj "B" dan masuk mencari tempat duduk yang bernombor 5A dan 5B..
Ruangan duduk agak selesa walaupun seat agak kecil dan penghawa dingin memang menusuk sejuk ke tulang hitam.. selepas lambai-lambai salam perpisahan perjalanan bermula tepat 8.30 pagi. perjalanan agak perlahan pada awal sebab kena melalui beberapa stesen ini kerana ketika melalui stesen walaupun tidak berhenti train agak bergerak perlahan mungkin sekadar menghormati..
Keadaan didalam train tidak jauh berbeza dari segi bunyi cuma berbeza dari segi kelajuan dan kebersihan dan dibantu pula dengan "busy bodies" yang agak hot cuma pakaian belum hot sebab mereka semua sejuk kot.. Okay sekarang aku nak cerita sedikit pasal train ini.. ETS bermaksud electric train system yang dipacu menggunakan tenaga elektrik, dipasang dan diimport dari korea dan dia dipasang oleh Rotem pada tahun 2009.. Kelajuan train ini boleh bergerak sehingga 120km/j dan purata kelajuan 90km/j..
Train ini mengambil masa 2 jam 19 minit untuk sampai di Stesen Ipoh dan melalui sebanyak 9 stesen perhentian dan jika tiada pengguna naik atau turun di salah satu tempat perhentian maka train ini tidak berhenti..
Aku dalam perjalanan ke Batu Gajah aku banyak tidur sebab terlalu mengantuk dan aku tiba di batu gajah kira-kira pada jam 10.41 pagi..
Thursday, October 7, 2010
497 Kampung Atas Tol 60 % update
Before...
campuran bahan yang sedia ada |
masuk ikut belakang |
nampak tangga?? |
tebas jgn tak tebas |
baru berani nak masuk |
Friday, October 1, 2010
Seri Iskandar
Penat tapi puas.. Kenapa aku puas sebab dapat lihat pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan dari terengganu ke seri iskandar.. perjalanan bermula dari rumah sekitar jam 8 pagi tapi banyak pula nak singgah tuk beli sesuatu buah tangan untuk orang yang berada di seri iskandar ni.. Maklum la mak aku cakap tak lengkap kalau tak bawa apa-apa tapi aku lihat hampir penuh kereta dengan makanan yang nak dibawa.. Selepas lengkap apa yang dihajati, perjalanan diteruskan melalui jalan kuala berang..
Ketika aku melalui di bandar kuala berang jam di paparan menunjukan 9:30 pagi maknanya aku macam dah lewat.. Lewat dengan isi minyak penuh maklumlah dalam perjalanan kali ini sangat mencabar sebab memang tiada tempat persinggahan mahupun tempat isi minyak.. Tapi semasa aku di kuala berang aku hadapi masalah sikit sebab aku ingatkan stesen shell ada rupanya hampeh, terpaksa lah aku isi di petronas bukan tak nak beli barangan malaysia tapi aku lebih yakin dengan kemampuan minyak shell.. Jauh dah tersasar ni okay seterusnya aku masuk ke simpang tasik kenyir, perkara yang mengecewakan aku sebab jalan sangat teruk walhal tasik kenyir tempat perlancongan tapi jalan macam menunjukan jalan tu menuju ke arah tempat perlancongan patutnya banyakkan papan tanda dan jalan lebih dijaga rapi..
Selepas jumpa susur masuk ke tasik kenyir aku cuma teruskan dan masuk kejalan baru, jalan ini masih belum diwartakan maka segala penguna jalan ini menangung risiko sendiri.. Jalan memang tak ada orang lalu sebab masih tak ramai yang tahu.. iye kot?? Atau mungkin mereka takut sesat tak pun malas nak menyusuri felda aring.. Tapi sebelum menempuhi felda aring aku disajikan dengan pemandangan yang menarik menyusuri tasik kenyir dan di kaki bukit..
Sampai di felda aring sangat mencabar kereta aku sebab almaklum la kereta lama bergegar sikit ditambah pula dengan suspension belakang ada masalah, memang teruk dah macam jalan sebelum merdeka.. Tapi salah kerajaan malaysia juga sebab jadikan kelantan sebagai anak tiri..
Perjalanan di teruskan ke gua musang sesampai di gua musang singgah di petronas beli roti dan air sebab malas nak berhenti makan sebab memang nak berhenti makan kat rumah saja senang sikit..
Seterusnya menghala ke cameron highland pendakian pun bermula dan awan berarak mendung seolah olah memberi syarat hujan akan turun dengan lebat..

Subscribe to:
Posts (Atom)