Thursday, September 23, 2010

Kereta Buat Hal Lagi

Salam baru-baru ini kereta ni dah menunjukan tanda-tanda akan rosak tapi disebabkan malas dan kurang pengetahuan dalam bidang automotive ni aku pun buat tak tahu saja.. Akhirnya malang menimpa diri aku semasa aku berada di kemaman, masa itu aku kesana mencari lubang-lubang kerja yang kosong tapi malang bertimpa-timpa kerja tak dapat kereta pula rosak..

Mulanya tak dapat di start semasa aku di KSB, nasib baik lah ada orang sudi menolong aku.. agak lama juga la nak tunggu orang bersimpati dengan aku.. cuba jumper bateri tapi gagal.. akhirnya cara yang terakhir tolak lah.. hidup! terima kasih pada yang tolak kereta aku..

Aku ke bandar kemaman untuk mencari apa kerosakan yang aku alami tapi sebelum tu aku singgah di masjid sultan ahmad.. masa nak hidupkan dah tak boleh terpaksa lah tunggu ahli-ahli masjid yang singgah membantu aku menolak kereta.. dengan pantas terus ke kedai untuk mengenalpasti kerosakan..

Aku berhenti di sebuah kedai bateri sebab dalam fikiran aku adalah bateri yang masalah, kedai itu bernama Fajar Batery betul-betul dihadapan hospital kemaman.. Amoi yang periksa bateri aku kata semua dalam keadaan ok.. bateri aku masih okay tapi apa yang rosak.. akhirnya keluar otai kedai itu dan terus kata stater yang rosak.. Bingung! mana aku nak cari duit.. Nasib baik akak akudi jengka 3 bagi idea.. thanks! panggilan dibuat untuk meminta bantuan akhirnya kawan abang aku datang bagi duit untuk bayar semua.. Nasib baiklah.. Total rm240...


No comments:

Post a Comment