Saturday, April 9, 2011

Fitness 4 Health

Assalamualaikum.. hari ini adalah hari sabtu 9 april 2011, satu sejarah baru tercipta aku telah mendaftarkan diri kan Star Gym di Kota Masai.. Sebenarnya apa yang aku buat adalah untuk menjaga kesihatan aku dan sentiasa merasakan hidup ini lebih bermakna.. badan tough? ohh tidak lah sampai tahap itu cuma aku nak aku boleh mengayakan pelbagai baju..

Yang paling penting untuk berjaya adalah displin.. tanpa displin hidup tak bermakna, semua yang kita lakukan tak akan berjaya.. Apa yang aku tekankan kat sini adalah mampukah aku menyahut cabaran ini.. tapi kalau aku betul-betul nak itu boleh buat sebenarnya. 

aku sampai kat Star Gym lebih kurang 4:15 petang, Lokasi Star gym ini berada di Taman kota masai, Jalan tembikai. Aku berjumpa dengan en maizi seorang pemenang bina badan di johor "mr johor" memang ternyata badan dia ni sangat gerun kalau tengok.. tapi dengan piala dan medal tersimpan indah memang menambahkan keyakinan aku memang dia seorang yang dah berjaya..

yuran pendaftaran sangat istimewa kerana sekarang star gym buat promosi hebat potongan hingga 50% bagi pendaftaran bermakna hanya membayar rm50 dan yuran bulanan rm50 jadi kesemuanya rm100.. 3 orang bermakna rm300 haha macam tengah belajar mengira pula..

kami diajar cara untuk menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan apa yang perlu dilakukan supaya badan anda tampak cantik tapi bukan comel..

aku balik sekitar jam 7:30 walaupun hari hujan renyai-renyai.. sekarang aku dah rasa kepenatan yang aku buat tadi.. arrrrrrrrrrrrghhhhhhh!

No comments:

Post a Comment