Tuesday, November 9, 2010

Kejadian 8 November 2010


Sedih, kecewa, bengang semua berlegar dalam hati aku.. Perasaan gundah gulana semakin berombak, itulah sedikit gambaran apa yang aku rasa bila sedar bahawa semua itu sudah hilang.. Tapi hingga hari ini aku masih musykil kenapa ia berlaku serentak? adakah ia satu kebetulan atau aku telah dinodai oleh alam ghaib seperti pukau.. aku ceritakan sinopsis agar ia tidak celaru minda anda..

Selepas aku hantar atan pergi kerja aku terus ke destinasi untuk hantar resume tapi aku hanya sempat singgah pada tempat sahaja sebab perut aku sudah bergelora kerana lapar sebab perut aku belum menerima apa-apa habuan hanya sekadar asap rokok.. Aku terus ke taman mawar untuk menikmati sarapan pagi, sebab aku kesana mungkin aku dah lama tak merasa roti canai di" Restoran PG".. Setiba nya aku disana aku terus order satu teh tarik berserta roti canai.. Sementara aku menunggu makanan sampai aku lansung tidak mengeluarkan telefon bimbit sebab aku memang tak nak keluarkan sebab tiada sebab tuk aku buat panggilan dipagi hari dan yang penting aku bawa telefon bimbit sebab ketika atas motor sempat aku membalas mesej dari sally, jadi telefon itu aku bawa! Selepas menikmati juadah tanpa berlengahkan masa aku terus ke kaunter untuk membuat bayaran, kesemuanya rm2 dan aku hulurkan not merah rm10 dan dikembalikan rm8 dan terus aku masukan duit kedalam dompet dan bergegas ke motor untuk menuju ke petronas pusat bandar sebab perut aku sudah memulas mungkin sebab teh tarik terlalu manis..

Setibanya dipetronas aku terus ke tandas dan nyalakan rokok dan menikmati sepuasnya.. Setelah selesai tiada apa pelik yang berlaku semua okay dan aku terus ke motor untuk menuju destinasi seterusnya, setelah beberapa meter baru aku sedari yang telefon bimbit tiada dan dompet pun tiada, dan terus bergegas ke tandas untuk periksa tapi masa aku sampai ada orang kat tandas agak lama aku tunggu baru dia keluar.. tapi muka nya aku tidak mensyaki apa-apa dan aku periksa semuanya sudah tiada.. Aku ke restoran untuk periksa berkemungkinan aku tertinggal tapi setelah aku tanya semua pekerja semua cakap tiada.. ahh sialan!

Ternyata memang semua sudah tiada tapi aku masih tak puas hati dan aku kembali ke petronas untuk periksa tapi tetap tiada dan aku ke restoran untuk lihat-lihat kalau sudah terjumpa tapi tiada.. tiada...

No comments:

Post a Comment