Thursday, September 2, 2010
Salam Kemerdekaan 53
Salam dan selamat sejahtera kepada tanah malaya kerana telah mendapat kemerdekaan dari british 53 tahun lalu pada 31 ogos 1957, walaupun pada masa itu kita masih menentang komunis dibanjaran titiwangsa.. Para komando ditugaskan untuk menghalau komunis dari tanah melayu.. Tapi apa yang dirisaukan sekarang adalah penjajah minda kepada orang melayu (bkn nak rasis ataupun nak racing) haha.. Sekarang selepas kita mengecapi kemerdekaan 53 tahun dahulu macam2 masalah mula timbul.. Mana bermulanya masalah ni berlaku? Masalah ini adalah dibawa oleh british kerana kemasukan india dan cina supaya british dapat keuntungan yang lebih.. Nah sekarang lihat kerajaan terpaksa terima padah bila mereka menuntut hak mereka.. Pemimpin juga telah gagal dari awal untuk membentuk perpaduan antara kaum kegagalan itu mula dirasai sekarang slogan 1 malaysia dianggap sampah kerana program ini tidak sampai di hati rakyat jelata hanya bermain dibibir.. Pelbagai isu ditimbulkan tapi semua rakyat telah sedar.. Tidak mudah ditipu lagi.. Al kisah namewee yang dianggap rasis adalah untuk menutup mata sesetengah pihak.. Malah ramai yang mencaci sebab kelakuan dan video hangat oleh namewee bagi pendapat aku video namewee adalah suara sebenar kaum cina.. Mereka sudah menyampah dengan karenah kerajaan dan dengan ada video begini kita harus sedar dimana melayu berada, jangan asyik dibual mimpi.. Bangkit.. ''sapa bikin malaysia kaya'' petikan dari salah satu video namewee.. Nah rasa kan.!
Wednesday, September 1, 2010
test tulis blog guna opera mini
huhu thanks pada justkhai sebab berkongsi ilmu.. Sekarang aku dah update blog guna telefon.. Haha so happy.. Tapi kelemahan nya adalah bateri cepat kong.. Apa2 pun thanks..
Tuesday, August 31, 2010
keje oh keje
Safety assistant? safety supervisor? technician ehs? safety promoter?
nama memang best tapi masih lom dapat jawatan tuh.. apply dah banyak tapi yang panggil 1 je.. itu senyap sampai sekarang.. usaha lagi Insyallah!
money talk..
Peringatan: Kami belum menerima byrn sejumlah RM 50.7. Sila buat bayaran dlm masa 1 hari utk elak talian disekat. Abaikan mesej jika byrn telah dibuat
pesanan dari celcom.. ahh aku mana ada duit.. x leh tangguh ke Datuk Mohammed Shazalli ?
Sunday, August 29, 2010
~Fate~
saw the entire city in front of me
and for a minute, i felt it was waiting for me
i decided then
i going to make this work
and i going to win
i shall overcome..
I`m Not Terrorist
aku baru selesai tengok cerita my name is khan walaupun aku agak lambat nak tengok tapi aku ada sebab kenapa aku boleh tengok lambat cerita ni.. aku dah beli dvd ni masa bulan mac tapi bila balik rumah masa nak tengok sekali error pula.. tapi masa itu aku terlalu sibuk dengan kerja dan persiapan untuk sesuatu jadi aku tak sempat nak pergi tukar lepas tu aku lupa letak dvd ni kat mana.. sekarang bila aku tengah ada masa yang melampau lampau banyak ni aku download kat syok.org.. kat laman web syok tu kira filem ni dah duduk page 73 makna nya memang aku dah tertinggal jauh, tak apa yang penting aku dapat tengok juga cerita yang unik ni..
cerita memang aku tabik spring sebab agak berani apa yang mereka tonjolkan tapi itu lah kenyataan nya untuk masa sekarang, aku pun sedih kenapa mereka memandang kita sebagai pengganas.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
aku terlalu mengantuk.. "apa yang aku tulis ni" ohh shit no.. no.. from epiglottis
Saturday, August 28, 2010
Siapa yang hidup pada zaman sekarang tapi tak tahu apa itu facebook memang dia ketinggalan zaman la.. semua orang tahu facebook tapi sedarkah anda benda ini lama kelamaan akan hilang juga tapi mengikut pendapat aku facebook meletup tahun 2009 walaupun aku dah mula guna facebook ni tahun 2008.. tapi bila 2009 orang ramai dah mula berubah arah dari friendster ke facebook tapi orang yang guna myspace ada juga yang belum berganjak sebab myspace ada keistimewaan sendiri sebab myspace mendapat tempat yang pertama untuk remaja yang baru nak naik.. tapi secara jujur aku memang tak minat myspace ini sebab macam terlalu terbuka satu lagi gambar-gambar memang menjolok mata.. hehe itu kelebihan untuk myspace!
Tagged pula aku ada juga biasanya aku main tagged ni sebab nak cari kawan-kawan (skandal) itu dulu sebelum aku jumpa Si Dia, sekarang dah kurang sedikit maklum nanti ada orang marah pula kalau nak menggatal lebih2..
Tapi sekarang facebook belum ada pengganti lagi, ye memang Twitter ada tapi twitter pun tak dapat nak lawan facebook.. kenapa facebook ni hebat sangat? bagi pendapat aku lah facebook ni boleh merapatkan hubungan yang jauh, dapat jumpa kawan-kawan lama zaman sekolah mahupun zaman sekolah rendah.. ada juga yang berpendapat facebook ni menyebabkan kita rasa rimas sebab kehidupan kita jadi tak privacy dan aku bersetuju.. kadang2 meluat juga tengok post kawan2 yang nak makan pun post kat facebook kadang2 facebook ni tempat nak luahkan perasaan tapi ada orang kisah ke perasaan kau tuh?? naik menyampah ada la kot..
tapi aku tak boleh salahkan orang sebab kadang aku pun macam itu juga.. tapi sekarang aku dah malas nak post kat facebook sebab tak ada guna pun.. komen gambar aku suka la..
Facebook ada baik dan buruk anda yang bijak pandai boleh tentukan sendiri~
Friday, August 27, 2010
gurl like a bus?
what is that? i pick this word from movie i watch "my last 5 girlfriend" it really funny but i noticed a little bit sad wanna make me cry at last.. so the full of the word is girl like a bus one is going the other one is coming..
Wednesday, August 25, 2010
Bunting Pelamin
Apakah itu bunting pelamin? aku agak lama juga lah aku memikirkan apa sebenar maksud dia.. bila aku periksa kat goooggglee baru lah aku faham dan tanya kat buah hati aku baru lah dia cerita semua.. maklum lah pernah dengar tapi tak faham dan sebelum ni aku buat-buat faham saja kalau orang bercerita haha.. Eh sebelum tu aku nak ucapkan tahniah pada kawan aku Ieda sebab dah mengandung 2 bulan..
Sebenarnya bunting pelamin ni adalah istilah orang melayu gunakan bila seseorang itu dah mengandung terlalu cepat selepas berkahwin maknanya selepas 2 bulan berkahwin wanita itu sudah disahkan mengandung selama 2 bulan "kira sekali terus jadi lah".. ataupun seseorang itu akad nikah dahulu dan buat majlis persandingan lambat semasa bersanding dah mengandung, yang ni selalu lah berlaku sekarang, kenapa? "dah tak tahan kot"..
Tapi yang merisaukan aku selalu berlaku sekarang gadis-gadis mengandung sebelum nikah "mintak jauh-jauh lah benda ni berlaku kat aku dan keturunan aku" lepas tu buang anak merata-rata tempat.. kalau mereka tak buang anak itu kira ok lagi la sebab yang buang anak hampir kesemua bayi tu meninggal dunia, dah dapat dosa membunuh lagi.. Jauhi maksiat..
Tahniah pada Ieda semoga baby itu membawa keberkatan dalam kehidupanmu.. ~sekian~
Tuesday, August 24, 2010
~Satu Ketika Dahulu~
kenapa kamu muncul kala keheningan malam bermula
adakah kamu tahu kamu pernah menyakiti hati aku
walaupun ia pedih tapi indah untuk jiwa lelaki
atau kau mahu aku tahu kau sedang bahagia
bahagia apa lah erti nya kalau hidup penuh dengan dosa
keindahan malam mu adalah melalui perjalanan hidupmu
perjalanan seorang wanita disamping lelaki yang kotor
malam mu menjadi kotor selama-lamanya
kerna memperhambakan diri untuk lelaki
keindahan dikecapi seketika
penyesalan selama lamanya
tapi aku tahu kau sudah lupa
sengaja melupakan
supaya hidup diteruskan
mahu hidup bertunjangkan kebahagian
kebahagiaan disamping orang tersayang
kerana itu kamu masih bernafas
bernafas penuh bahagian
hembusan nafas yang suci
dari hati nurani
Subscribe to:
Posts (Atom)