Sunday, December 28, 2014

28th December tapi bukan 28th September

setiap penat lelah mesti ada penghujungnya
setiap peluh yang menitis pasti kering jua
setiap kata-kata yang bermain difikiran ada benarnya
setiap detik, setiap hari, setiap waktu pasti ada 

bila dah lama.......... tak semestinya kurang rasa
bila dah lama........... harapan masih sama

cuba untuk lebih baik dari sekarang
cuba ingat apa yang banyak aku lalui
cuba faham apa kehendak isi hati
cuba untuk lebih setia


selamat malam.. 
hari esok tidak menjanjikan yang terbaik tapi kita masih mampu mencorakkan untuk menjadi yang terbaik... 

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Dedicate to my mom Hasmah binti Awang.. love u so much mom...

Saturday, April 9, 2011

Fitness 4 Health

Assalamualaikum.. hari ini adalah hari sabtu 9 april 2011, satu sejarah baru tercipta aku telah mendaftarkan diri kan Star Gym di Kota Masai.. Sebenarnya apa yang aku buat adalah untuk menjaga kesihatan aku dan sentiasa merasakan hidup ini lebih bermakna.. badan tough? ohh tidak lah sampai tahap itu cuma aku nak aku boleh mengayakan pelbagai baju..

Yang paling penting untuk berjaya adalah displin.. tanpa displin hidup tak bermakna, semua yang kita lakukan tak akan berjaya.. Apa yang aku tekankan kat sini adalah mampukah aku menyahut cabaran ini.. tapi kalau aku betul-betul nak itu boleh buat sebenarnya. 

aku sampai kat Star Gym lebih kurang 4:15 petang, Lokasi Star gym ini berada di Taman kota masai, Jalan tembikai. Aku berjumpa dengan en maizi seorang pemenang bina badan di johor "mr johor" memang ternyata badan dia ni sangat gerun kalau tengok.. tapi dengan piala dan medal tersimpan indah memang menambahkan keyakinan aku memang dia seorang yang dah berjaya..

yuran pendaftaran sangat istimewa kerana sekarang star gym buat promosi hebat potongan hingga 50% bagi pendaftaran bermakna hanya membayar rm50 dan yuran bulanan rm50 jadi kesemuanya rm100.. 3 orang bermakna rm300 haha macam tengah belajar mengira pula..

kami diajar cara untuk menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan apa yang perlu dilakukan supaya badan anda tampak cantik tapi bukan comel..

aku balik sekitar jam 7:30 walaupun hari hujan renyai-renyai.. sekarang aku dah rasa kepenatan yang aku buat tadi.. arrrrrrrrrrrrghhhhhhh!

Friday, February 25, 2011

Misi untuk percintaan

semakin hari semakin dekat.. maka banyak  persiapan hendak dilakukan supaya semua berjalan lancar seperti yang diharapkan...

aku sertai?

secara jujurnya aku simpati apa yang berlaku sekarang, bak kata pepatah cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakit.. Rasa sakit yang aku maksudkan kalau diperhalusi ia bukan sekadar sakit tapi ia seperti ombak dan pantai yang sentiasa bersama.. begitulah juga naluri seorang lelaki sangat memerlukan perempuan dalam hidupnya walaupun sehebat mana kekuatan diri untuk melupakan wanita tapi dia tetap kalah ditangan yang bernama wanita..

rancangan ?

Rancangan sudah diatur cuma watak belum dikenalpasti akan muncul atau tidak di set pengambaran itu nanti.. mungkinkah watak wanita akan lari? atau sedia menunggu saat-saat indah yang diimpikan? terpulanglah apa yang akan terjadi.. selagi kita tidak buat pengambaran itu selagi itu kita tidak tahu penghujung cerita..

maka oleh itu mari lah kita mendoakan kawan kita supaya dapat apa yang dicari..

semoga berjaya!

Saturday, January 15, 2011

15 Jan 2011

Assalamualaikum... Hari Sabtu yang membosankan... kenapa aku pun tidak pasti dan ia semestinya tiada apa yang hendak dilakukan...

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tinggal kepada tahun 2010 yang banyak menyimpan kisah duka.. bila dihitungkan kembali terlalu banyak kisah duka maka aku beranggapan tahun 2010 adalah tahun duka buat aku.. Tapi aku tidak terlalu kejam untuk melabelkan tahun 2010 sebagai tahun duka tapi banyak juga sesuatu yang bermakna berlaku antaranya aku mendapat kerja pada 6 dec 2010 dan pada hari ini aku dapat jam yang aku sudah lama gilakan...

Aku harap kedatangan tahun baru ini hidup aku penuh dengan seri dan cahaya dari Ilahi supaya aku tidak lagi sesat dan dihantui kedukaan.. Semoga pintu-pintu rezeki aku sentiasa terbuka luas..

Azam?? uh entah belum difikirkan tapi tahun ini aku nak banyak menyimpan duit.. dan menjadi pekerja yang baik dan sentiasa cekap menjalankan kerja..

umur secara tidak rasmi sudah mencecah 24 tahun.. maka fikiran aku mestilah sama dengan usia aku..


tiada yang terindah selagi kita tidak merasa bahagia apa yang kita lakukan..

Sunday, December 12, 2010

Alam Pekerjaan Yang Baru

Assalamualaikum.. Blog ini sudah tidak dicoretkan sesuatu..

Wednesday, December 1, 2010

1st December 2010

Sudah agak lama aku tak kemaskini blog aku ni, mungkin aku terlalu sibuk dengan hal yang remeh tapi bila lalui ia adalah sangat berat.. Tapi pada hari adalah hari yang bermakna untuk kekasih hati iaitu Salmi Suhana kerana dia menyambut ulangtahun kelahiran nya pada hari ini..

Aku dengan setulus hati mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada Salmi Suhana yang ke-23, semoga anda mendapat segala apa yang kamu impikan..

Apakah yang kita harapkan pada ulangtahun kelahiran? adakah hadiah? candle light dinner? surprise party? atau sekadar ucapan?? Sekarang apa yang aku mampu lakukan hanyalah sekadar ucapan.. Yang paling penting ucapan yang ikhlas dari hati yang boleh mengantikan segala-galanya..

Kehidupan banyak pancaroba apa yang penting bagaimana kita hendak melalui semua itu dengan tenang..

Semoga apa yang berlaku sekarang hanya satu dari liku kehidupan...

Friday, November 19, 2010

terbalas

Alhamdulilah.. syukur ke hadrat ilahi segala apa yang aku impikan selama ini tercapai.. segala cubaan dan dugaan terbalas dengan hikmah yang paling besar.. segala ini aku sahut dengan cabaran supaya menjadi insan yang lebih berguna...

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Hari raya tahun ini aku beraya dipasir gudang.. tiada apa yang special.. sekadar biasa .. bosan rasa macam nak balik kampung aaaahhh tidak...

Saturday, November 13, 2010

USECHH 2000


Summary of Occupational Safety & Health
(Use and Standards of Exposure of Chemicals Hazardous to Health) Regulations 2000


  1. Came in force 4th April 2000

  1. "chemicals hazardous to health" means any chemical or preparation which –
  2. bullet
    is listed in Schedule I or II of the Regulations;
    bulletpossesses any of the properties in Part B of Schedule I of the OS&H (CPL) Regulations 1997;
    bulletcomes within the definition of "pesticide" under the Pesticides Act 1974; or
    bullet
    is listed in the First Schedule of the EQ (Scheduled Wastes) Regulations 1989.

  1. These Regulations apply to all places of work where the chemicals hazardous to health are used except chemicals which are –
  2. bullet
    defined as radioactive materials under the Atomic Energy Licensing Act 1984;
    bulletfoodstuffs;
    bullethazardous to health solely by virtue of their explosive or flammable properties, or solely because they are at a high or low temperature or a high pressure; and
    bulletpharmaceutical products.

"Pharmaceutical product" means a drug in a pharmaceutical dosage form for use by humans as medicine.

  1. Duty of the employer and self employed person to comply to these Regulations in respect to work activity by his employees or any other person who may be affected by the work activity, except –
  2. bulletfor "monitoring of exposure at the place of work" (regulation 26), shall not extend to non employees unless those persons are on the premises and carrying out work for the employer; and
    bullet
    for "health surveillance programme" (regulation 27), shall not extend to non-employees.

  1. (1) Employer shall record in a register all chemicals hazardous to health used
  2. (2) the register shall be updated from time to time and contain list of chemicals, CSDS, average quantity used, process and work area, name and address of supplier.
    (3) the register shall be assessable to all employees who may be exposed to the chemicals
  3. Employer to ensure persons exposed to hazardous chemicals listed in Schedule I at no time exceeds the ceiling limit in the Schedule
  1. (1) Employer to ensure persons exposed to hazardous chemicals listed in Schedule I in any eight hour work shift not to exceed the eight-hour time-weighted airborne concentration in the Schedule

          (2) Also, exposure shall not exceed the maximum exposure limit (3 times the 8-hour time-weighted 
            airborne concentration) during the work shift

  1. Compliance to permissible exposure limit takes into account the period where respirator is used, where the time-weighted average exposure is determined for the employee
  1. An employer shall not carry out work with a hazardous chemical unless he has made a written assessment of the risks (normally called Chemical Health Risk Assessment or CHRA) created by the chemical to the health of the employee
  1. The assessment completed in regulation 9 shall be reviewed if –

    bulletthere is significant change in the work
    bulletafter 5 years of the last assessment
    bullet
    directed by the DG of DOSH

  1. The assessment shall be conducted by an assessor
  1. (1) The assessor shall furnish the employer the assessment report within one month after completion of the assessment
  2. (2) If the assessment indicates that there is immediate danger to life and property, the assessor must immediately inform the employer
  3. The employer shall maintain the report for a period of thirty years and make available the report for examination by the DG or any employee
  1. Actions to eliminate or reduce the actual or potential exposure shall be carried out by the employer within one month of receiving the report
  1. (1) The employer shall control chemicals hazardous to health through elimination of the chemicals, substitution with less hazardous chemicals, total enclosure of process, isolation, modification of process parameters, use engineering control equipment, adopt safe work systems and practices and provision of personal protective equipment
  2. (2) Safe work systems and practices are to be documented and implemented
    (3) Safe work systems and practices are reviewed whenever there are significant changes to process, equipment, materials or control measures
  3. (1) Approved personal protective equipment (PPE) shall be used –

    bullet
    when application of other types of control measures are impracticable;
    bulletas an interim measure while other preferred measures are being designed and installed; or
    bulletwhen other measures do not adequately control exposure to employees

    (2) Procedures to be established for issuance, maintenance, inspection and training in the use of PPEs
    (3) Approved PPE shall be suitable for the type of work, fit the employee, not adversely affect health or medical condition of employee and readily available to the employee
  1. Any engineering control equipment provided shall be –

    bulletinspected by the employer at least once a month
    bullet
    examined and tested by a hygiene technician at least once in 12 months

  1. Any local exhaust ventilation equipment installed shall be –

    bulletdesigned according to an approved standard by a registered professional engineer and constructed to design specifications;
    bullet
    tested by a registered professional engineer after construction and installation

  1. Records of design, construction, testing, inspection, examination and maintenance of engineering control equipment shall be maintained by the employer and produced for inspection by the DG
  1. (1) Hazardous chemicals supplied or purchased by the employer and used in the work place are labelled
  2. (2) When the labels are removed, defaced, modified or altered, the employer shall re-label the chemical
  3. (1) When a hazardous chemical is transferred from its original to another container, and the container is not used within the normal work shift, the container shall be relabelled
  4. (2) If the contents are used in the normal work shift, the container must be relabelled with the chemical name or trade name as per the original label (3) If the contents are used in a testing chemical laboratory, the container must be relabelled with the chemical name or trade name as per the original label whether or not the contents are used within the same shift (4) The container need not be relabelled if the contents are used immediately (5) Labelling and relabelling are in accordance to the OS&H (CPL) Regulations, Pesticides Act or EQ (Scheduled Waste) Regulations
  1. (1) Employees must be provided with information, instructions and training to enable them to know the risk to health of the chemical and the precautions to be taken
    (2) Information provided includes results of monitoring of exposure at the work place and collective results of any health monitoring programme undertaken 
    (3) Training programme shall be conducted at least once in 2 years; if there is a significant change in hazard information of the chemical; safe work practices and control measures changes; and when employees are assigned to new work tasks or areas 
    (4) All training programmes shall be documented and available for inspection by DOSH officers
  1. Employer must ensure that any person who carries out work under these Regulations have received information, instruction and supervision to carry out such duties
  1. An employer who has received a supply of chemicals which are not labelled or have not received the CSDS shall not use the chemicals until the information has been obtained
  1. A copy of the CSDS shall be kept at a conspicuous place close to each work location, and shall be easily assessable to the employees
  1. (1) Monitoring of exposure to be in accordance with approved method of monitoring and analysis
    (2) If chemical is listed in Schedule II, monitoring of exposure to be conducted at intervals not more than 6 months apart 
    (3) Monitoring to be conducted by a hygiene technician 
    (4) records for personal employee exposure to be kept for 30 years, otherwise for 5 years
  1. (1) Health surveillance to be carry out when an assessment identifies its need
  2. (2) The medical surveillance component of the health surveillance to be carried out by an occupational health doctor 
    (3) If chemical is listed in Schedule II, health surveillance shall include medical surveillance and conducted at intervals not more than 12 months apart                                                    (4) Copy of health surveillance to be kept for 30 years
  1. (1) An employee who has a medical condition detected by a S&O Officer who is also a medical practitioner or an occupational health doctor shall be removed from any work which placed him at increased risk of material impairment to health from exposure to hazardous chemicals

    bulletThis employee could be a pregnant woman or a breastfeeding employee
    bullet
    The employee can later be return to the former job after subsequent medical determination

  1. Where chemicals are used in an area where persons in the area may be affected -

    bulletwarning signs are to be posted at conspicuous place at every entrance to the area
    bullet
    other information to be given to the persons who may be affected

  1. (1) When an employer transfers the business to another person, the successor employer shall retain all the records as required under regulations 13, 19, 22, 26 & 27
    (2) When the employer ceases operations, and there is no successor, the employer shall transmit the records to the DG 
    (3) At the expiry of the retention period for the records maintained under regulations 13, 26 & 27, the employer shall notify the DG in writing at least three months before he disposes off the records
Summarised by:  SKC Cemerlang Technical Sdn Bhd, Malaysia (E-mail: enquiry@skcct.com) 
Disclaimer:- The authors do not guarantee the correctness of the information above. Please refer to the original Act or Regulations or Order. Reference: Malaysian OSHA, OS&H (USECHH) Regulations 2000, Dept. DOSH / JKKP


Friday, November 12, 2010

Doa hindari ilmu sihir dan pukau

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”







~Baca dan Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya~

Tuesday, November 9, 2010

Kejadian 8 November 2010


Sedih, kecewa, bengang semua berlegar dalam hati aku.. Perasaan gundah gulana semakin berombak, itulah sedikit gambaran apa yang aku rasa bila sedar bahawa semua itu sudah hilang.. Tapi hingga hari ini aku masih musykil kenapa ia berlaku serentak? adakah ia satu kebetulan atau aku telah dinodai oleh alam ghaib seperti pukau.. aku ceritakan sinopsis agar ia tidak celaru minda anda..

Selepas aku hantar atan pergi kerja aku terus ke destinasi untuk hantar resume tapi aku hanya sempat singgah pada tempat sahaja sebab perut aku sudah bergelora kerana lapar sebab perut aku belum menerima apa-apa habuan hanya sekadar asap rokok.. Aku terus ke taman mawar untuk menikmati sarapan pagi, sebab aku kesana mungkin aku dah lama tak merasa roti canai di" Restoran PG".. Setiba nya aku disana aku terus order satu teh tarik berserta roti canai.. Sementara aku menunggu makanan sampai aku lansung tidak mengeluarkan telefon bimbit sebab aku memang tak nak keluarkan sebab tiada sebab tuk aku buat panggilan dipagi hari dan yang penting aku bawa telefon bimbit sebab ketika atas motor sempat aku membalas mesej dari sally, jadi telefon itu aku bawa! Selepas menikmati juadah tanpa berlengahkan masa aku terus ke kaunter untuk membuat bayaran, kesemuanya rm2 dan aku hulurkan not merah rm10 dan dikembalikan rm8 dan terus aku masukan duit kedalam dompet dan bergegas ke motor untuk menuju ke petronas pusat bandar sebab perut aku sudah memulas mungkin sebab teh tarik terlalu manis..

Setibanya dipetronas aku terus ke tandas dan nyalakan rokok dan menikmati sepuasnya.. Setelah selesai tiada apa pelik yang berlaku semua okay dan aku terus ke motor untuk menuju destinasi seterusnya, setelah beberapa meter baru aku sedari yang telefon bimbit tiada dan dompet pun tiada, dan terus bergegas ke tandas untuk periksa tapi masa aku sampai ada orang kat tandas agak lama aku tunggu baru dia keluar.. tapi muka nya aku tidak mensyaki apa-apa dan aku periksa semuanya sudah tiada.. Aku ke restoran untuk periksa berkemungkinan aku tertinggal tapi setelah aku tanya semua pekerja semua cakap tiada.. ahh sialan!

Ternyata memang semua sudah tiada tapi aku masih tak puas hati dan aku kembali ke petronas untuk periksa tapi tetap tiada dan aku ke restoran untuk lihat-lihat kalau sudah terjumpa tapi tiada.. tiada...

Tuesday, November 2, 2010

Tiada

aku tiada bila aku rasa dia tiada..
 tapi bila dia ada aku akan ada bersama.. 
semoga ia ada disana menunggu aku yang tiada disini..

hidup bagaikan sebuah perjalanan yang jauh
penuh dengan liku dan duri-duri
dan sentiasa ada anak panah memburu kita
maka berwaspada lah kita bersiaga
supaya tidak terkulai dihujung dunia

hati sukar ditafsir jika tiada azam yang cekal
kita kadangkala terkesima dengan kata-kata hati kita
walhal hati adalah milik jiwa kita
maka jaga lah hati supaya ia tidak mengusai jiwa
jika hati berkuasa maka rosaklah jiwa

tohmahan cacian adalah nanah untuk hati
jangan biarkan hati kita terpedaya 
maka bersiaga hati yang suci
supaya kita diredhai oleh Allah

Saturday, October 30, 2010

3:34 AM

Malam ini tangan aku macam hendak menulis sesuatu tapi minda dan jiwa aku kosong, kosong seperti bumi tiada manusia~ sunyi dan sepi..

Hari ini adalah pagi sabtu 30/10/10 jam 3.34 pagi.. Suasana malam ini di Taman Cahaya Masai sepi sama sepi seperti jiwa aku, kenapa malam ini tiada hilai tawa remaja-remaja yang belum tidur tuk siapkan kerja yang belum dibereskan mungkin hampir semua pelajar dilorong ni balik kampung menjenguk keluarga dan memohon restu untuk menduduki peperiksaan akhir yang bakal tiba..

Aku disini sungguh selesa mungkin aku terlalu kan rindu kat pasir gudang dan aku merindui kawan-kawan tapi tak bermakna aku tidak selesa tinggal dirumah sendiri dan aku sungguh merindui orang yang aku sayang, my mom... tapi aku disini ada kawan untuk gelak ketawa..

Aku masih mencari~

Sally sihat dan sedang menempuhi peperiksaan akhir sem walaupun dia agak tenang, tapi aku banyak memberi masa supaya dia berasa selesa.. Walaupun akhir-akhir ini hubungan agak goyah sebab faktor tekanan yang aku alami, aku harap dia sentiasa bersabar dengan dugaan dalam hubungan ini.. tak semua yang kita harapkan itu indah tapi kita boleh mencorakan supaya ia nampak indah dari dalam..

Rintik-rintik berkaca sudah mulai turun tapi tidak bermakna hujan akan melanda kerana angin masih tidak berkocak dengan alunan mesra.. sekadar untuk berkongsi depan rumah aku ade sebuah pokok yang berdaun lebat, apabila angin kuat daun-daun itu bergoncang dan menghasilkan irama seolah-olah hujan sedang turun.. aku sudah tiga hari tertipu dengan pokok ini sebab aku akan terjaga bila angin kuat dan mengoncangkan pokok ini..

Petang ini aku dijadualkan ke masai-larkin-tangkak misi utama untuk menjejakan kaki digunung ledang untuk membawa tuah sang puteri.. Aku akan bermalam di rumah ATAN.. Terima kasih kerana menjemput aku.. aku memang suka berjalan tempat orang..

 Semoga apa yang aku usahakan akan tercapai.. ~pdin~

Sunday, October 24, 2010

Kembali Ke Pasir Gudang

aku disini..
mencari seribu pintu-pintu rezeki
kuharap merasakan ia disini..
supaya aku terus disini..
membawa hati dari tempat sendiri
kecewa pada semua
merosakan cita-cita

aku disini..
mengejar cita-cita
supaya menjadi insan cemerlang
pada keluarga, diri dan si dia..

Wednesday, October 13, 2010

Sejarah Cameron Highlands


Cameron Highlands dinamakan selepas William Cameron, seorang surveyor kerajaan Inggeris yang sengaja menemukan sebuah dataran tinggi pada tahun 1885 selama ekspedisi pemetaan di Range Titiwangsa. Gagal untuk menandakan penemuan di atas peta, lokasi dataran tinggi adalah akhirnya disahkan oleh ekspedisi seterusnya selepas Sir Hugh Low menyarankan bahawa ini akan menjadi lokasi yang ideal untuk retret dan lahan pertanian. Sebuah jalan sempit ke dataran yang tinggi dan kemudian dipotong melalui hutan lebat dari dataran tinggi.Tidak banyak yang berlaku selepas itu sehingga tahun 1925 ketika Sir George Maxwell melawat dataran tinggi dan memutuskan untuk mengembangkannya sebagai stesen bukit. Sebuah jawatankuasa pembangunan kemudian dibentuk yang berfungsi sampai 1931. Cameron Highlands adalah syurga bagi Inggeris yang stesen di Malaya kerana memberikan bantuan daripada iklim tropika panas dan lembab dari dataran rendah.

Begitu jalan dibina, penduduk kaya dan pegawai kerajaan Inggeris mula membina retret di lereng dataran tinggi. Kemudian beberapa menetap di sini kekal dan komuniti perniagaan yang dibangunkan. Pertanian merupakan kegiatan utama di sini pada waktu itu. Pada tahun 1929, John Archibald Russell, yang adalah anak seorang pegawai pentadbiran Inggeris mulai ladang teh yang sekarang terkenal Perkebunan Teh Boh.
Dataran tinggi dikembangkan dengan baik sampai pecahnya Perang Dunia II di mana pencerobohan Jepun pada tahun 1941 memaksa pasukan Inggeris dan orang awam keluar dari dataran tinggi. Orang Jepun terus menguruskan wilayah tersebut sejak mereka melihat dataran tinggi pertanian sebagai sumber makanan penting bagi pasukan mereka. Ketika pasukan Jepun berundur dari Malaya pada tahun 1945 Inggeris secara berperingkat kembali ke dataran tinggi sehingga kemerdekaan Malaya dari Inggeris pada tahun 1957