Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Dedicate to my mom Hasmah binti Awang.. love u so much mom...

Saturday, April 9, 2011

Fitness 4 Health

Assalamualaikum.. hari ini adalah hari sabtu 9 april 2011, satu sejarah baru tercipta aku telah mendaftarkan diri kan Star Gym di Kota Masai.. Sebenarnya apa yang aku buat adalah untuk menjaga kesihatan aku dan sentiasa merasakan hidup ini lebih bermakna.. badan tough? ohh tidak lah sampai tahap itu cuma aku nak aku boleh mengayakan pelbagai baju..

Yang paling penting untuk berjaya adalah displin.. tanpa displin hidup tak bermakna, semua yang kita lakukan tak akan berjaya.. Apa yang aku tekankan kat sini adalah mampukah aku menyahut cabaran ini.. tapi kalau aku betul-betul nak itu boleh buat sebenarnya. 

aku sampai kat Star Gym lebih kurang 4:15 petang, Lokasi Star gym ini berada di Taman kota masai, Jalan tembikai. Aku berjumpa dengan en maizi seorang pemenang bina badan di johor "mr johor" memang ternyata badan dia ni sangat gerun kalau tengok.. tapi dengan piala dan medal tersimpan indah memang menambahkan keyakinan aku memang dia seorang yang dah berjaya..

yuran pendaftaran sangat istimewa kerana sekarang star gym buat promosi hebat potongan hingga 50% bagi pendaftaran bermakna hanya membayar rm50 dan yuran bulanan rm50 jadi kesemuanya rm100.. 3 orang bermakna rm300 haha macam tengah belajar mengira pula..

kami diajar cara untuk menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan apa yang perlu dilakukan supaya badan anda tampak cantik tapi bukan comel..

aku balik sekitar jam 7:30 walaupun hari hujan renyai-renyai.. sekarang aku dah rasa kepenatan yang aku buat tadi.. arrrrrrrrrrrrghhhhhhh!

Friday, February 25, 2011

Misi untuk percintaan

semakin hari semakin dekat.. maka banyak  persiapan hendak dilakukan supaya semua berjalan lancar seperti yang diharapkan...

aku sertai?

secara jujurnya aku simpati apa yang berlaku sekarang, bak kata pepatah cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakit.. Rasa sakit yang aku maksudkan kalau diperhalusi ia bukan sekadar sakit tapi ia seperti ombak dan pantai yang sentiasa bersama.. begitulah juga naluri seorang lelaki sangat memerlukan perempuan dalam hidupnya walaupun sehebat mana kekuatan diri untuk melupakan wanita tapi dia tetap kalah ditangan yang bernama wanita..

rancangan ?

Rancangan sudah diatur cuma watak belum dikenalpasti akan muncul atau tidak di set pengambaran itu nanti.. mungkinkah watak wanita akan lari? atau sedia menunggu saat-saat indah yang diimpikan? terpulanglah apa yang akan terjadi.. selagi kita tidak buat pengambaran itu selagi itu kita tidak tahu penghujung cerita..

maka oleh itu mari lah kita mendoakan kawan kita supaya dapat apa yang dicari..

semoga berjaya!

Saturday, January 15, 2011

15 Jan 2011

Assalamualaikum... Hari Sabtu yang membosankan... kenapa aku pun tidak pasti dan ia semestinya tiada apa yang hendak dilakukan...