Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tinggal kepada tahun 2010 yang banyak menyimpan kisah duka.. bila dihitungkan kembali terlalu banyak kisah duka maka aku beranggapan tahun 2010 adalah tahun duka buat aku.. Tapi aku tidak terlalu kejam untuk melabelkan tahun 2010 sebagai tahun duka tapi banyak juga sesuatu yang bermakna berlaku antaranya aku mendapat kerja pada 6 dec 2010 dan pada hari ini aku dapat jam yang aku sudah lama gilakan...

Aku harap kedatangan tahun baru ini hidup aku penuh dengan seri dan cahaya dari Ilahi supaya aku tidak lagi sesat dan dihantui kedukaan.. Semoga pintu-pintu rezeki aku sentiasa terbuka luas..

Azam?? uh entah belum difikirkan tapi tahun ini aku nak banyak menyimpan duit.. dan menjadi pekerja yang baik dan sentiasa cekap menjalankan kerja..

umur secara tidak rasmi sudah mencecah 24 tahun.. maka fikiran aku mestilah sama dengan usia aku..


tiada yang terindah selagi kita tidak merasa bahagia apa yang kita lakukan..

Sunday, December 12, 2010

Alam Pekerjaan Yang Baru

Assalamualaikum.. Blog ini sudah tidak dicoretkan sesuatu..

Wednesday, December 1, 2010

1st December 2010

Sudah agak lama aku tak kemaskini blog aku ni, mungkin aku terlalu sibuk dengan hal yang remeh tapi bila lalui ia adalah sangat berat.. Tapi pada hari adalah hari yang bermakna untuk kekasih hati iaitu Salmi Suhana kerana dia menyambut ulangtahun kelahiran nya pada hari ini..

Aku dengan setulus hati mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada Salmi Suhana yang ke-23, semoga anda mendapat segala apa yang kamu impikan..

Apakah yang kita harapkan pada ulangtahun kelahiran? adakah hadiah? candle light dinner? surprise party? atau sekadar ucapan?? Sekarang apa yang aku mampu lakukan hanyalah sekadar ucapan.. Yang paling penting ucapan yang ikhlas dari hati yang boleh mengantikan segala-galanya..

Kehidupan banyak pancaroba apa yang penting bagaimana kita hendak melalui semua itu dengan tenang..

Semoga apa yang berlaku sekarang hanya satu dari liku kehidupan...