Wednesday, September 29, 2010

~phildean love sally~



For better quality video check out at youtube.. tq

Koyo


Ditukar pada 27 September 2010 sebab ketika bawa kelajuan 100km/j tayar sangat berbunyi bising.. Selepas diperiksa rupa benda ni yang rosak.. beli Rm 110 dekat pulau kambing dan hantar kat bengkel din dan caj rm10.. Total RM 120.00.. Lepas itu aku buat alignment dan adjust camber kat durian burung.. Rm 45.00 dan aku harap perjalanan ke Seri Iskandar tiada masalah..  

Tuesday, September 28, 2010

Menghitung Hari

HARI INI BILA DIHITUNGKAN KEMBALI.............

TAHUN:- 23 Tahun
Minggu:- 1200 Minggu
HARI:- 8402 Hari
JAM:- 201,648 Jam
MINIT:- 12,098,880 Minit
SAAT:- 725,932,800 Saat



Happy Birthday


Pada hari ini 28 september 2010 adalah ulang tahun kelahiran aku yang ke-23. Tiada sambutan sekadar mengingati sejarah lampau dan sejarah aku menghabiskan sisa hidup pada umur 22 tahun.. Pada umur 22 tahun aku banyak ditimpa dugaan hidup dengan fikiran celaru memikirkan masa depan yang masih jauh.. Mungkin aku merasa terlalu selesa menyebabkan aku alpa soal kehidupan dan natijahnya sekarang sudah terasa bahangnya.. Tapi jauh dilubuk hatiku untuk mengaku kalah apa yang aku alami sekarang bahkan aku masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan ini.. Aku sangat terlalu merancang masa hadapan maka perasaan dan jiwa ini seakan-akan meronta-ronta untuk melepaskan diri dari azab ini.. Aku berharap fikiran aku lebih terbuka dan boleh bertolak ansur dengan kata hati, aku terlalau risau tentang kehidupan ini bahkan pula aku ada orang yang tersayang maka aku mesti menunjukan aku akan berjaya dan mampu untuk tunaikan janji aku pada si dia.. Dan harapan aku pada umur 23 tahun ini ialah supaya aku berjaya dalam kerjaya dan teguhkan sektor kewangan bagi mengejar harapan yang tinggi.. sekian ~pdin~

Saturday, September 25, 2010

OHSAS 18001

Overview
Many organizations are implementing an Occupational Health and Safety Management System (OHSMS) as part of their risk management strategy to address changing legislation and protect their workforce.

An OHSMS promotes a safe and healthy working environment by providing a framework that allows your organization to consistently identify and control its health and safety risks, reduce the potential for accidents, aid legislative compliance and improve overall performance.

OHSAS 18001 is the internationally recognized assessment specification for occupational health and safety management systems. It was developed by a selection of leading trade bodies, international standards and certification bodies to address a gap where no third-party certifiable international standard exists.

OHSAS 18001 has been designed to be compatible with ISO 9001 and ISO 14001, to help your organization meet their health and safety obligations in an efficient manner.
The following key areas are addressed by OHSAS 18001:
  • Planning for hazard identification, risk assessment and risk control
  • OHSAS management programme
  • Structure and responsibility
  • Training, awareness and competence
  • Consultation and communication
  • Operational control
  • Emergency preparedness and response
  • Performance measuring, monitoring and improvement
OHSAS 18001 can be adopted by any organization wishing to implement a formal procedure to reduce the risks associated with health and safety in the working environment for employees, customers and the general public.
Benefits
In a competitive marketplace, your customers are looking for more than just keen pricing from their suppliers. Companies need to demonstrate that their businesses are managed efficiently and responsibly and that they can provide a reliable service without excessive downtime caused by work-related accidents and incidents.
Certifying your BS OHSAS 18001 management system enables your organization to prove that it conforms to the specification and provides the following benefits:
 
  • Potential reduction in the number of accidents
  • Potential reduction in downtime and associated costs
  • Demonstration of legal and regulatory compliance
  • Demonstration to stakeholders of your commitment to health and safety
  • Demonstration of an innovative and forward thinking approach
  • Increased access to new customers and business partners
  • Better management of health and safety risks, now and in the future
  • Potential reduced public liability insurance costs

+credit to bsigroup.com


Friday, September 24, 2010

Takdir

sesekali terlintas ia pedih
bagai ditusuk sembilu
air mata adalah kawan
yang menemani kala susah
tiada semasa gembira
itu kehendak sendiri
tiada orang yang simpati
hanya menunggu mati
perjalanan hidup diamati
itu lah takdir dari Ilahi

Thursday, September 23, 2010

Kereta Buat Hal Lagi

Salam baru-baru ini kereta ni dah menunjukan tanda-tanda akan rosak tapi disebabkan malas dan kurang pengetahuan dalam bidang automotive ni aku pun buat tak tahu saja.. Akhirnya malang menimpa diri aku semasa aku berada di kemaman, masa itu aku kesana mencari lubang-lubang kerja yang kosong tapi malang bertimpa-timpa kerja tak dapat kereta pula rosak..

Mulanya tak dapat di start semasa aku di KSB, nasib baik lah ada orang sudi menolong aku.. agak lama juga la nak tunggu orang bersimpati dengan aku.. cuba jumper bateri tapi gagal.. akhirnya cara yang terakhir tolak lah.. hidup! terima kasih pada yang tolak kereta aku..

Aku ke bandar kemaman untuk mencari apa kerosakan yang aku alami tapi sebelum tu aku singgah di masjid sultan ahmad.. masa nak hidupkan dah tak boleh terpaksa lah tunggu ahli-ahli masjid yang singgah membantu aku menolak kereta.. dengan pantas terus ke kedai untuk mengenalpasti kerosakan..

Aku berhenti di sebuah kedai bateri sebab dalam fikiran aku adalah bateri yang masalah, kedai itu bernama Fajar Batery betul-betul dihadapan hospital kemaman.. Amoi yang periksa bateri aku kata semua dalam keadaan ok.. bateri aku masih okay tapi apa yang rosak.. akhirnya keluar otai kedai itu dan terus kata stater yang rosak.. Bingung! mana aku nak cari duit.. Nasib baik akak akudi jengka 3 bagi idea.. thanks! panggilan dibuat untuk meminta bantuan akhirnya kawan abang aku datang bagi duit untuk bayar semua.. Nasib baiklah.. Total rm240...


Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Akhirnya ramadhan meninggalkan kita sekarang tibalah masa untuk kita menyambut ketibaan syawal.. aku disini nak mengucapkan seribu kemaafan kepada semua kenalan dan rakan-rakan blogger jika ada terkasar bicara, terkutuk tak sengaja dan macam-macam lah semoga dapat dimaafkan.. aku disini nak mengambil kesempatan nak ucapkan selamat hari raya kepada keluarga yang tersayang dan tak lupa juga pada sally..

Selamat Hari Raya..

opss hampir terlupa juga ucapan raya ini aku nak dedikasi kan kepada imam masjid kristal Sheikh Abd Elrahman Mahmoud kerana bacaan beliau sangat mendapat perhatian masyarakat.. penuh mesra, murah dengan senyuman dan sangat menenangkan kalbu pada sesiapa yang memandang..

Sunday, September 5, 2010

Rojak Pak Din

Sekarang aku sedang beratur untuk dapatkan rojak pak din.. Aku masih keliru kenapa ramai kalangan wanita dan lelaki singgah di kedai ini.. Warung ini adalah warung mudah alih yang boleh ditolak , ia seperti beca namun selepas di ubahsuai ia nampak menarik.. Sebelum ini aku nampak warung bergerak ini semasa aku bersekolah, waktu itu anak kepada peniaga itu adalah kawan aku.. Warung rojak ini diusahakan oleh pak din, seorang india muslim dan dibantu oleh isteri dan anaknya.. Semasa aku beratur otak ku ligat berfikir kenapa rojak ini ramai peminat, adakah rojak dia murah ataupun rojak ini memang terkenal cuma aku tak mengetahui.. ketika aku sedang beratur dihadapan aku sekarang terdapat 5 orang menunggu giliran untuk dapatkan rojak ayam dan dibelakang aku lebih kurang 7 orang uh memang ramai! ketika sedang asyik beratur aku terpegun juga cara pak din menyediakan rojak nya, memang cepat ternyata pak din sangat mahir dan berpengalaman dalam bidang ini.. caranya mudah pak din cuma memotong isi ayam, paru, telur dan lain-lain dan memasukan bahan tersebut dengan cara yang tersendiri dengan mengempal semua yang dipotong dan masukkan kedalam plastik yang sudah tersedia dengan mee serta taugeh.. kalau orang yang geli memang sukar nak makan tapi bagi aku itu adalah seni dalam masakan.. tugas anak pak din adalah mengisi kuah rojak dan membungkus rojak yang telah siap si isteri pula memasukan mee dan taugeh kedalam plastik.. ya sangat mudah dan teratur tapi dengan permintaan yang banyak oleh pelanggan kadang-kadang pak din tak dapat menahan penat dan berehat seketika duduk dikerusi yang tersedia dan tugas diganti oleh isterinya.. tapi tiba giliran aku pak din sediri yang sediakan rojak aku, kira aku dapat merasa air tangan pak din huhu.. selepas 30 minit beratur aku dah dapat apa yang aku inginkan, rojak bertukar tangan dan aku memberi not rm10 dan dipulangkan rm7.. ya hanya rm3 untuk rojak ayam dan cuma rm2.50 untuk rojak biasa.. aku pulang dan tiba dirumah pada jam 6 petang...

Friday, September 3, 2010

Malam Jumaat

Semalam adalah malam jumaat, malam 24 ramadhan.. Kepenatan sejak petang tadi sangat menganggu sedikit perjalanan terawih malam ini tapi semua selamat ditunaikan.. Sesampai dirumah aku terus kedapur mencari sisa makanan berbuka tadi tapi aku sekadar membasahi tekak dengan air limau.. Asap dihembus, hembusan demi hembusan kepala mulai berat pabila nikotin mula menjalar dalam badan.. Arhh menguap tuk ambil oksigen.. Tiba2 muncul...

Thursday, September 2, 2010

Salam Kemerdekaan 53

Salam dan selamat sejahtera kepada tanah malaya kerana telah mendapat kemerdekaan dari british 53 tahun lalu pada 31 ogos 1957, walaupun pada masa itu kita masih menentang komunis dibanjaran titiwangsa.. Para komando ditugaskan untuk menghalau komunis dari tanah melayu.. Tapi apa yang dirisaukan sekarang adalah penjajah minda kepada orang melayu (bkn nak rasis ataupun nak racing) haha.. Sekarang selepas kita mengecapi kemerdekaan 53 tahun dahulu macam2 masalah mula timbul.. Mana bermulanya masalah ni berlaku? Masalah ini adalah dibawa oleh british kerana kemasukan india dan cina supaya british dapat keuntungan yang lebih.. Nah sekarang lihat kerajaan terpaksa terima padah bila mereka menuntut hak mereka.. Pemimpin juga telah gagal dari awal untuk membentuk perpaduan antara kaum kegagalan itu mula dirasai sekarang slogan 1 malaysia dianggap sampah kerana program ini tidak sampai di hati rakyat jelata hanya bermain dibibir.. Pelbagai isu ditimbulkan tapi semua rakyat telah sedar.. Tidak mudah ditipu lagi.. Al kisah namewee yang dianggap rasis adalah untuk menutup mata sesetengah pihak.. Malah ramai yang mencaci sebab kelakuan dan video hangat oleh namewee bagi pendapat aku video namewee adalah suara sebenar kaum cina.. Mereka sudah menyampah dengan karenah kerajaan dan dengan ada video begini kita harus sedar dimana melayu berada, jangan asyik dibual mimpi.. Bangkit.. ''sapa bikin malaysia kaya'' petikan dari salah satu video namewee.. Nah rasa kan.!

Wednesday, September 1, 2010

test tulis blog guna opera mini

huhu thanks pada justkhai sebab berkongsi ilmu.. Sekarang aku dah update blog guna telefon.. Haha so happy.. Tapi kelemahan nya adalah bateri cepat kong.. Apa2 pun thanks..